Penampilan isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada selepas bercerai dipuji lebih ‘glow up’

Penampilan isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada selepas bercerai dipuji lebih ‘glow up’

 

Nurul Shuhada Mat Shukri telah menjadi perhatian netizen selepas dikaitkan dalam isu rumah tangga bersama suaminya, Hafidz Roshdi.

Sekali lagi Shuhada telah mencuri perhatian netizen apabila memuat naik hantaran gambar yang menunjukkan penampilan terbarunya di laman Instagram.

Menerusi gambar tersebut, Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shu menggayakan kemeja bercorak bunga berwarna hijau bersama seluar jeans. Wow, makin glow up ya!

Tambahan, gambar yang diambil itu sewaktu menjalani photoshoot bersama sebuah jenama produk pelangsingan badan.

Menerusi ruangan komen, beberapa rakan artis dan pengguna media sosial memuji penampilan terbaharunya walupun sedang kini sedang hamil anak ketiga.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia mengambil keputusan untuk bangkit semula selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam rumah tangga.