Penampilan rambut sering dikritik, Shila Amzah bawa kekasih tukar ‘style’ baru
Sebelum ini, penampilan kekasih kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli sering ditegur oleh netizen gara-gara gaya rambutnya ‘bowl cut’ ala K-Pop yang pernah menjadi trend pada suatu ketika dahulu.
Malah, ramai yang memberi pendapat supaya Ubai menukar imejnya supaya lebih nampak terurus dan matang seperti seorang lelaki dewasa.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Shila Amzah telah membawa kekasihnya itu ke kedai gunting rambut untuk menggantikan gaya rambut yang lama kepada gaya baharu telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
@shilaamzahofficial Rambut @Ubai Mz Kena hijack Dengan sha 🤪 Siapa boyfriend or suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam Kat saloon 🤣
“Rambut kena hijack dengan Sha. Siapa teman lelaki atau suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam kat saloon,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Sebaik sahaja selesai memotong rambut Ubai, penyanyi yang berusia 32 tahun itu mengakui suka akan penampilan baharu kekasihnya yang nampak lebih kemas dan macho.
Gaya rambut baru nampak fresh!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen puas hati dengan perubahan yang dilakukan oleh Ubai demi menjaga penampilannya buat insan tersayang.
Semoga terus bahagia Shila dan Ubai!
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa teruja apabila melihat keadaan terkini Shila yang dilihat semakin bahagia semenjak berada di sisi kekasih barunya.
Malah, ramai yang mendoakan agar urusan pelantun lagu Khilaf itu dalam menuju hari bahagia bersama Ubai dipermudahkan selalu.