“Penampilan saya tahun lalu dikecam ketat, tahun ini saya pilih pakai longgar” – Aina Abdul perjelas kenapa pakai blazer ‘oversize’

“Penampilan saya tahun lalu dikecam ketat, tahun ini saya pilih pakai longgar” – Aina Abdul perjelas kenapa pakai blazer ‘oversize’

Alahai Aina Abdul! Penampilan penyanyi popular, Aina Abdul yang menghadiri Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 malam tadi menarik perhatian ramai.

Seperti kebiasaan, Aina tidak akan kalah dalam menggayakan fesyen-fesyen luar biasanya. Dalam Anugerah ABPBH malam tadi, penyanyi itu hadir dengan mengenakan blazer saiz gergasi berona merah.

Tambah menarik perhatian, penyanyi lagu Terus Hidup itu hadir ke majlis dengan menaiki lori lut sinar.

Kata Aina, oleh kerana penampilannya tahun lalu teruk dikecam kerana ketat, kali ini dia memilih penampilan besar dan longgar.

“Saya selesa dan suka menggayakan blazer ‘oversize’.

“Oleh kerana penampilan saya tahun lalu dikecam kerana ketat, jadi saya memilih penampilan yang longgar,” katanya yang memberitahu dia mengambil masa selama tiga jam untuk bersiap.