Penampilan terkini Mislina Mustaffa buat peminat terkejut, bertatu habis

Penampilan terkini Mislina Mustaffa buat peminat terkejut, bertatu habis

 

Mislina Mustaffa yang dilahirkan pada 23 April 1971 merupakan seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di Malaysia.

Mislina juga berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia.

Kontroversi Zaitun Sameon

Mislina mula terpaut kontroversi apabila pembabitannya sebagai pelakon utama yang membawakan watak penyanyi sensasi 80-an iaitu Zaitun Sameon di dalam filem yang berjudul Zaiton: Ceritaku.

Mislina berdepan dengan permasalahan apabila penat lelahnya menjadi sia-sia kerana penerbit filem tersebut tidak berpuas hati dengan mutu produksi filem arahan Fauziah Nawi itu.

Mislina juga sanggup membotakkan kepalanya, bagi menjayakan filem tersebut. Penggambaran itu dikatakan bakal dibuat semula akan tetapi Mislina tidak lagi berminat untuk melakonkan semula watak tersebut.

Lain Dah Penampilan Mislina Sekarang

Mislina kini dikenali sebagai penulis buku serta menulis kata-kata pujangga.

Baru-baru ini, di laman tiktok milik @i_amidan berkongsikan satu video yang memaparkan penampilan terkini Mislina.

Mislina kini tampil dengan gaya ala-ala Reggae dan bertatu.

@i_amidan

“ Selamat Hari Wanita Sedunia “ khas dari Mislina Mustaffa

♬ original sound – Idan – Idan

Rata-rata netizen terkejut, melihat penampilan mislina sekarang kerana agak jauh menyimpang dari gaya Mislina  yang mereka kenali dahulu, serta mereka tidak sangka kerana melihat perubahan yang drastik pada diri Mislina itu hari ini.

“Jangan nak bebas sangat takut tak jumpa jalan pulang” – tulis mereka

“Tambah tatoo satu badan baru rare sis” – ujar mereka

“Sayangnya.. semoga allah membuka pintu hati untuk bertaubat” – tambah mereka

Apa-apa pun, marilah kita guna masa yang ada untuk perbaiki diri menjadi yang lebih baik.

Permulaan kehidupan bukanlah segala-galanya  akan tetapi pengakhiran yang akan dipandang Allah, semoga kita semua mendapat pengakhiran yang bermanfaat kelak.