“Penat nak jawab..” – Enggan masuk campur isu rumah tangga adik, Ayda Jebat pilih kunci mulut

“Penat nak jawab..” – Enggan masuk campur isu rumah tangga adik, Ayda Jebat pilih kunci mulut

 

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat pilih untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen tentang kesahihan rumah tangga adiknya, Fyna Jebat yang didakwa sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Biarpun enggan masuk campur, Ayda turut menyarankan agar pihak media untuk bertanyakan perkara ini kepada Fyna sendiri.

“Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari,” katanya.

Terdahulu, berita perceraian pasangan ini turut menjadi bualan ramai selepas anak perempuan jurulatih itu, Zahira Aisyah tampil mendedahkannya menerusi sebuah komen di media sosial.

Sebelum ini, Zahira tampil menafikan satu posting yang mengatakan Fyna sudah berdamai dengan  isteri pertama Zainal, Zalina Zaini kerana kelihatan mereka duduk semeja.

Malah, pasangan itu juga difahamkan sudah bercerai sejak dua minggu lalu.

Terdahulu, pasangan ini dikatakan berkahwin pada Januari lalu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.

Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.