Pencadang ‘poster boy’ pun ponteng mesyuarat MKT, tempelak Tok Uban

Pencadang ‘poster boy’ pun ponteng mesyuarat MKT, tempelak Tok Uban

Bekas Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad hari ini menempelak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa selepas kenyataan yang dibuatnya mengenai ‘poster boy’ dalam FBnya semalam.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Tok Uban oleh ahli UMNO dan pengguna media sosial menyanggah kesahihan fakta yang ditulis Annuar mengenai persetujuan MKT memutuskan Ismail Sabri sebagai calon PM PRU-15 nanti dan gambarnya akan digunakan menghiasi bahan kempen BN nanti.

Lebih memeranjatkan, kata Shahrir apabila Annuar sendiri gagal hadir ke mesyuarat Majlis Kerja Tettinggi (MKT) UMNO yang didakwanya meluluskan cadangan tersebut.

“Hanya TS Annuar, walaupun menteri, tidak hadir di mesyuarat MT tersebut. Tapi, sebagai menteri yang jaga ‘multi-media’, kot-kot dia mempunyai maklumat sahih tentang mesyuarat yang dia sendiri tidak menghadirinya”.

Semalam, dalam hantaran di FBnya, Annuar Musa mengesahkan mesyuarat MKT telah membuat “endorsement” bahawa Ismail Sabri akan terus memimpin negara sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke14, pada tahun 2023.

Malah Annuar juga dengan penuh yakin memaklumkan MKT turut menunjukkan isyarat bahawa Ismail Sabri adalah “posterboy” PRU 15, sekali gus merupakan calon PM daripada Umno, pasca PRU 15 nanti.