Pendedahan terkini warga Twitter dakwa suami Fatin Afeefa seorang ‘con man’?

Pendedahan terkini warga Twitter dakwa suami Fatin Afeefa seorang ‘con man’?

Nama suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra dengan panggilan Opai, sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas ada individu mendakwa Opai sebenarnya bukanlah pedagang saham seperti didakwa tetapi seorang broker.

Dakwaan tentang Opai

Menerusi perkongsian portal hiburan terkenal Rotikaya,  individu yang menggunakan nama Vaikosa telah membuat ciapan di Twitter mendakwa Opai seorang penipu malah sering memperdayakan pengikutnya.

Dakwa individu ini lagi, suami kepada Fatin Afeefa yang digelar jutawan muda ini tidak menjana pendapatan melalui trading forex seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya dia dipercayai memberi isyarat saham kepada pengikutnya untuk menyeleweng.

Dalam pada itu, individu terbabit berharap agar kebenaran bakal terbukti selain keadilan buat mereka yang teraniaya dapat ditegakkan.

Ada juga netizen yang mempertahankannya dengan mengatakan bahawa Opai merupakan seorang broker berdaftar dan bukanlah seorang penipu seperti yang dikatakan individu terbabit.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan berhubung kenyataan yang dikeluarkan individu terbabit.

Pendedahan di Twitter

Pendapat netizen