Pendedahan Vanidah Imran bahawa telah lama tahu hubungan bekas suami dengan isteri barunya cetus tanda tanya peminat

Pendedahan Vanidah Imran bahawa telah lama tahu hubungan bekas suami dengan isteri barunya cetus tanda tanya peminat

Peminat seni tanah air baru-baru ini telah dikejutkan dengan berita perceraian antara pasangan yang diketahui paling kurang terlibat dengan gosip liar, iaitu Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Malah perkahwinan yang telah pun mencecah lebih 17 tahun dan dikurniakan dua anak yang meningkat dewasa itu berakhir tidak sepertimana berlaku terhadap pasangan bercerai selebriti yang lain.

Namun disebalik perceraian tersebut, pelakon Vanidah Imran mengaku gembira selepas melihat bekas suaminya, Rashidi Ishak mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Memetik Utusan Online, Vanidah berkata dia dan anak-anak menyambut baik perkahwinan Rashidi dan Hasliza yang juga merupakan kenalan lamanya.

“Saya mengenali Liza dan pernah berlakon dibawah arahannya menerusi filem Kalla: Hidup Atau Mati. Dia individu yang baik dan saya sangat gembira kerana Rashidi memperisterikan dia.

“Sebenarnya, saya sudah lama tahu tentang hubungan mereka. Apabila dimaklumkan tentang perkara itu, saya gembira, kerana saya tahu anak perempuan saya pasti akan menyukai dia,” – Vanidah Imran

Dalam pada itu, Vanidah menyifatkan Hasliza seorang yang matang dan bijak serta mengatakan wanita itu adalah calon tepat buat bekas suaminya.

“Hasliza seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.

“Dia seorang yang matang dan saya yakin kelebihan itu membolehkan dia untuk mengendalikan hidup berumah tangga dengan baik. Apa pun, kami sangat okey dengan perkahwinan mereka,” katanya.

Terdahulu, Vanida pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidi pada 1 Oktober 2000 namun berakhir dengan penceraian pada 9 Ogos 2018.  Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.