Penemuan kondom berjaya bongkar kisah curang suami dengan pelajar kolej

Penemuan kondom berjaya bongkar kisah curang suami dengan pelajar kolej

Remuk redam hati seorang isteri selepas mengetahui lelaki yang dicintai sepenuh hati tergamak bermain kayu tiga di belakangnya.

Seorang wanita yang tidak didedahkan identiti tampil meluahkan dan menceritakan pengalaman hitam yang dilaluinya apabila si suami kantoi berlaku curang menerusi perkongsian di aplikasi X.

Menurut wanita tersebut, perbuatan jijik suaminya terdedah gara-gara penemuan kondom di dalam dompetnya secara tidak sengaja.

Lebih meruntun hati apabila mendapati si suami rupa-rupanya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelajar kolej yang berusia 21 tahun.

Tuhan kalau nak tunjuk sekejap je. Aku jumpa lanyard ID pelajar budak tu dekat poket belakang seat driver.

Wanita itu akui kecewa kerana apa yang dilakukannya sebagai seorang isteri selama ini seperti tidak dihargai sebaliknya dikhianti si suami.

Selama ni kami sekeluarga okay je, bahagia dengan anak-anak dan tiada gaduh. Nafkah tak ada culas. Aku dah mula overthinking.

Apa kurangnya aku. Aku dah bagi dan buat macam-macam dekat dia. Entahlah, semua benda aku dah bagi sebagai isteri. Tapi macam ni dia balas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menasihati wanita itu supaya mengumpul bukti sebanyak yang mampu supaya dapat berdepan dengan suaminya kelak.

Sumber: Aplikasi X