“Penerbit-penerbit saya beritahu, dia sudah tua, badannya dah gemuk” akhirnya Syamsul Yusof buka mulut kenapa Aaron Aziz digugurkan

“Penerbit-penerbit saya beritahu, dia sudah tua, badannya dah gemuk” akhirnya Syamsul Yusof buka mulut kenapa Aaron Aziz digugurkan

Dalam sidang media semalam, pengarah The Original Gangster iaitu Syamsul Yusof akhirnya mendedahkan sebab nama pelakon Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada filem tersebut.

Memetik mStar Online, Syamsul berkata faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan menjadi punca aktor berkenaan digugukan daripada filem tersebut.

Menurut Syamsul lagi, keputusan tersebut bukan dibuat olehnya seorang tetapi turut melibatkan pihak produksi termasuk barisan penerbit dan sahabat pelakon.

“Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron kerana penerbit-penerbit saya beritahu, Aaron tak boleh, dia sudah tua, dia dah gemuk.

“Tapi saya cakap jangan, kita bagi dia masa. Dia boleh kuruskan badan. Selain itu, dia juga ada masalah slip disc,” katanya.

Tambah Syamsul lagi, nama Aaron terpaksa digugurkan kerana dia bimbang tentang masalah kesihatan aktor itu jika berlaku perkara tidak diingini ketika penggambaran.

Jelasnya lagi, dia sudah menasihati pihak penerbit supaya menangguhkan penggambaran dalam masa sama memberi masa kepada Aaron namun aktor itu gagal menunaikan janji.

“Penerbit bukan saya seorang sahaja. Saya bincang dengan mereka, kita tangguhkan penggambaran dan beri Aaron masa tapi dia gagal tunaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul turut mengambil pendapat barisan pelkakon lain yang mengatakan Aaron tidak mampu beraksi lasak dan bimbang jika ia menganggu kesihatannya dia juga yang akan dipersalahkan nanti.

“Perkara utama kenapa Aaron digugukan adalah kerana saya takut kalau buat aksi lawak menanggagu masalah kesihatannya. Nanti saya juga dipersalahkan.

“Nombor dua, Sharnaaz, Beto Kusyairy, penerbit saya, team koreografer semua cakap mereka tidak yakin Aaron boleh berlakon kerana keadaan kesihatannya itu,” katanya.

Terdahulu, Aaron mengesahkan namanya digugurkan daripada filem Original Gangster namun tidak mendedahkan namanya tiada dalam karya berkenaan.