Pengamal perubatan Islam ini ‘sekolahkan’ Ali Puteh, daun bidara atau kulit limau bukan kaedah sihir

Pengamal perubatan Islam ini ‘sekolahkan’ Ali Puteh, daun bidara atau kulit limau bukan kaedah sihir

 

Tindakan Ali Puteh memuat naik video secara langsung dan mendakwa menjumpai garam kasar, daun limau, mengkarung selepas bekas kakak iparnya, Hidayah balik dan tidak berpeluang masuk ke rumah sendiri jelas walau menunggu sejam lamanya membuatkan namanya kembali menjadi sebutan.

Kata Ali, selepas balu arwah Abam dan peguamnya balik, pihaknya menjumpai taburan garam, kulit limau, daun bidara dan bangkai haiwan dipercayai mengkarung di luar keliling rumah.

Pengamal Perubatan Islam Jelaskan Daun Bidara Atau Kulit Limau Bukan Keadah Sihir

“Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia. Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.

“Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah. Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!

“Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah. Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya,” katanya.

Susulan video disifatkan agak kontroversi ini kerana boleh mendatangkan fitnah dan aib kepada Hidayah kerana tiada bukti, ramai “memperli” tindakannya itu.

Di sebalik itu, pasti ramai yang ingin tahu adakah benar daun bidara, daun limau, garam, mengkarung dan lain-lain yang disebut Ali sebagai unsur sihir, dikongsikan satu video di Tik Tok @kanda zakiyy yang merupakan seorang pengamal perubatan di Pusat Perubatan Islam As Shabab (Prias) terletak di Negeri Sembilan.

@kandazakiyy

#stitch with @Ohbulan Sekadar Pandangan Saya. Jika rasa Khawatir, boleh dptkan Khidmat Rawatan islam untuk check keadaan Rumah tersebut

♬ original sound – KANDA ZAKIYY – KANDA ZAKIYY

Menurut pengamal perubatan ini, dia terlihat vidoe yang dikongsi di media sosial. Berdasarkan pengamatannya, tiada unsur sihir terlihat sebaliknya penggunaan barang-barang yang dijumpai seperti daun bidara, daun limau itu adalah “keadah” memagar rumah yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang.

Lebih Pada Pagar Rumah

“Boleh jadi rumah itu baru di pagar ke, wallahualam. Tapi kebiasaannya, apa yang Abang Ali tunjukkan itu adalah methode atau keadah bahan-bahan yang diguna pakai dalam memagar rumah.

“Bukan sihirlah. Kalau sihir tu, mungkin abang Ali akan nampak selain daripada itu seperti ayam atau pun kain kuning diikat, binatang-binatang yang mati. Ada juga orang gunakan garam sebagai satu sumber kepada sihir.

“Allahumasal li A’la Muhammad, apa yang kita lihat tadi tu adalah bukan tanda sihir terutama pada bahan-bahan yang ditunjukkan tadi. Saya tak ada nak komen apa, wallahualam,” jelasnya.