Penganggur dihukum penjara 12 bulan gara-gara tunjuk ‘kote’ ketika video call

Penganggur dihukum penjara 12 bulan gara-gara tunjuk ‘kote’ ketika video call

 

Penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan menunjukkan kemaluannya kepada kenalan wanita melalui panggilan video di Facebook.

Majistret Don Stiwin Malanjun membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Raziman Ibrahim, 35, yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa kerap kali menunjukkan kemaluannya kepada wanita berumur 38 tahun melalui panggilan video menggunakan telefon bimbit dengan niat melakukan perbuatan lucah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Tanjung Batu Keramat, di sini, kira-kira 3 petang, 19 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin memohon hukuman setimpal dikenakan keatas tertuduhsebagai pengajaran dan faktor kepentingan awam.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan.