Pengarah drama terkenal didakwa kantoi ‘like’ video, foto lucah

Pengarah drama terkenal didakwa kantoi ‘like’ video, foto lucah

 

Kecoh di Twitter apabila seorang warganet mendakwa seorang pengarah drama terkenal kantoi ‘like’ video lucah di laman media sosial itu.

‘Like’ video lucah

Menerusi ciapan pengguna Twitter tersebut, dia melemparkan tomahan terhadap pengarah terbabit kerana mencemarkan agama dengan tindakannya sedangkan sebelum ini pengarah tersebut pernah ‘berbunyi’ mengenai ‘penceramah disekat.’

Hati-hati dengan walaun-walaun yang hebat kononya mengangkat Islam.

Dalam hantaran yang sama, individu tersebut turut memuat naik tangkap layar bukti pengarah berkenaan ‘like’ pada video lucah itu dan dia juga dengan berani ‘tag’ akaun Twitter pengarah terbabit.

Individu yang berani melemparkan kritikan hebat itu juga tanpa berselindung mendakwa pengarah berkenaan sebagai seorang yang songsang dan juga ‘kaki porn’.

Sudah banyak berlaku mereka ini songsang dan kaki porn.

Twitter