Pengarah & pelakon Mentega Terbang terima ugutan bunuh, kereta disimbah asid

Pengarah & pelakon Mentega Terbang terima ugutan bunuh, kereta disimbah asid

Filem Mentega Terbang, yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital telah mencetuskan kontroversi dan mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur-unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.

Terbaharu, dikhabarkan bahawa kereta pengarah dan pelakon filem tersebut telah disimbah asid dan juga cat oleh individu yang tidak diketahui dipercayai berang dengan penghasilan filem terbabit.

Bukan itu sahaja, beberapa surat ugutan yang mengancam nyawa mereka yang dipercayai ditujukan kepada mereka dan keluarga turut ditemui. Hal ini telah mendapat perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen berasa pelik kerana ada individu yang sanggup bertindak sejauh ini dan seperti mempergunakan agama untuk melakukan hal tidak wajar ini.

Para netizen berpendapat bahawa tindakan extream ini tidak sepatutnya berlaku kerana negara mempunyai undang-undang. Dalam perkembangan isu kontroversi filem tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai mengambil keterangan penerbit dan enam pelakon berhubung kes filem Mentega Terbang semalam.