Pengasuh dipecat selepas cuba goda suami majikan

Pengasuh dipecat selepas cuba goda suami majikan

Seorang wanita di Indonesia mendakwa pengasuh yang digajinya sering berbual topik berunsur kelucahan bagi menarik perhatian suaminya.

Pengasuh goda suami

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Allexia Maggie mendedahkan kisah pengasuh anaknya yang tidak menyenangkan.

Menurut Allexia, pengasuhnya sengaja memandikan anaknya dengan membuka pintu bilik mandi sambil bergurau untuk mendapatkan perhatian suaminya.

Ketika itu suami saya ada di rumah. Selalunya setiap hari bersama saya atau kakak tidak pernah dia meninggikan suaranya ketika memandikan anak saya.

Tambah Allexia lagi, pengasuhnya sering menggunakan perkataan yang tidak sopan dan gemar bercerita mengenai hubungan intimnya dengan suami ketika di kampung.

Nenek, jangan naik saya sedang mandi, Mila berbogel. Walaupun mertua saya tidak pernah naik ke atas. Suami saya ada di rumah sedang gim di garaj. Jadi nampak seperti dia memancing.

Difahamkan, Allexia telah memberhentikan pengasuhnya selepas 14 hari bekerja kerana sikapnya yang sering mengeluarkan perkataan lucah di hadapan keluarganya. dihadapan keluarganya.

Melalui video ini, saya ingin berkongsi agar ibu-ibu di luar sana yang turut menggunakan perkhidmatan pengasuhan lebih sedar dan berhati-hati dalam memilih pekerja.

Sumber: Wolipop