Pengawal keselamatan dari Sabah menang Toto ‘jackpot’ bernilai RM13.4 juta

Pengawal keselamatan dari Sabah menang Toto ‘jackpot’ bernilai RM13.4 juta

 

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sabah sekelip mata menjadi jutawan apabila memenangi ‘jackpot’ sebanyak RM13.4 juta pada 2 Mac lalu.

Lelaki tempatan berusia 53 tahun itu telah menang dalam permainan Toto 4D Jackpot 1 pada tarikh tersebut.

Lelaki yang telah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai pengawal keselamatan memberitahu STM Lottery Sdn Bhd bahawa set nombor yang dimenangi adalah 1203 dan 1227.

Nombor tersebut merupakan gabungan tarikh lahirnya dan nombor pendaftaran kereta.

“Saya membeli dua nombor ini hanya dengan harga RM2.6 (termasuk cukai jualan Sabah RM0.60) untuk menjadi kaya,” katanya.

Tambahnya, dia merancang untuk membangunkan kampungnya dengan menggunakan wang yang dimenanginya itu.