Pengguna ini kongsi rasa azab berurusan dengan bank islam

Pengguna ini kongsi rasa azab berurusan dengan bank islam

Perbahasan tentang pinjaman Konvensional dan pinjaman Islamik aku taknak komen buat masa ini sebab ada banyak hujah dan isu perlu ditelili dan diperkemaskan.

Tetapi isu yang sahih adalah tahap kecekapan/kepantasan barisan hadapan antara bank Konvensional dengan bank Islam. Cuba pergi Maybank dan Public Bank, kemudian pergi pula ke bank Islam.

Melalui pengalaman aku berkali-kali, banyak kali, bank konvensional lebih cekap dan pantas berbanding bank yang membawa nama agama kita. (Sambil itu bandingkan juga apps bank-bank tersebut. Nilaikan…)

Staf di bank Islam siap boleh berbual santai sesama mereka. Ada sekali, selepas menyerahkan borang langsai pinjaman, aku melangut selama 15 minit tanpa dipanggil semula. Beberapa pelanggan sebelum aku dah siap urusan dan balik. Akhirnya aku bangun dan tanya, barulah staf lelaki itu kata “Eh, borang yang mana tadi?” Cuba fikir bagaimana perasaan kau masa itu? Rupanya dah siap lama, dia yang leka. Selepas beri resit, sepatah maaf pun tak diucapkan. Sia-sia kopiah bertenggek di atas kepala.

Pengalaman melangut dan menyaksikan perbualan dah banyak kali di bank tersebut. Sedih dan nak marah. Sebab nama agama kita terpampang besar di situ, sedangkan perkhidmatannya tak menepati piawaian agama yang sempurna ini.

Kau boleh berhujah, bank konvensional pun ada yang lembap. Aku sedang bercakap tentang imej agama. Agama ini agama universal. Bukan agama Malaysia atau agama orang Melayu. Apa-apa kelemahan dan kelembapan manusia yang berlindung di balik jenama agama Islam perlu ditegur, dikritik dan diperbetulkan.

Begitulah juga jika ia berlaku di Tabung Haji atau mana-mana pejabat agama. (Tapi TABUNG HAJI memang TERBAIK!)

Jenama agama bukan perisai untuk melindungi kelemahan. Ia adalah piawaian kecemerlangan.

Update

Alhamdulillah. Selepas status saya pagi tadi berkenaan bank Islam, saya dihubungi oleh Pengurus Bank Islam bertanyakan hal tersebut.

Saya menjelaskan segala butirannya. Beliau sangat berhemah dan memohon maaf atas kelemahan di pihak bank. Beliau turut mengakui keperluan untuk menjaga jenama ‘Islam’ pada kualiti perkhidmatannya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kritikan saya kerana membuka peluang kepada bank memperbaiki perkhidmatan mereka. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana mengambil positif teguran tersebut, bukan terperangkap dalam ‘denial syndrome’ seperti sesetengah orang di luar sana.

Jadi tuan-puan, kalau ada kelemahan, jangan di sapu di bawah karpet. Kritiklah secara berhemah. Barulah ada perubahan.

Macam saya katakan tadi, Islam bukan perisai kelemahan, tetapi piawaian kecemerlangan.

#shmkritiksosial

-Sahul HM-

Sumber – Facebook