Penginap hotel minta ‘refund’ sebab nampak hantu masa tidur

Penginap hotel minta ‘refund’ sebab nampak hantu masa tidur

 

Pengusaha hotel di Melaka berdepan dengan dilema apabila pelanggan sering menggunakan ‘hantu’ sebagai alasan untuk mendapatkan refund.

Namun begitu, refund atau pembayaran semula harga bilik ini sering dituntut oleh penginap yang menempah bilik lebih dari sehari.

Walaupun tiada bukti untuk menyokong dakwaan itu, ada beberapa hotel yang terpaksa akur dengan permintaan pelanggan.

Ironinya, aduan atau rungutan ‘hantu berkeliaran’ ini dikatakan hanya diterima pengusaha pada musim percutian khususnya cuti sekolah.

Hal ini juga berpunca dari penginap yang tidak berjaya menempah hotel yang berada di pusat bandar dengan lebih awal kerana sudah penuh.

“Sesetengah tetamu yang menempah bilik selama lebih dari sehari membuat alasan sedemikian.

“Apabila mereka berjaya mendapatkan tempat penginapan yang lebih dekat dengan kawasan pelancongan di pusat bandar,” jelas Sazali Sabri.

Exco Persatuan Hotel Melaka (MAH) itu berkata, alasan tersebut agak sukar diterima pengusaha kerana susah untuk mengesahkan kebenarannya.

Menurutnya, alasan teknikal seperti penghawa dingin rosak atau bilik yang kotor lebih mudah diterima pihak pengurusan bagi urusan pembayaran semula.

Baru-baru ini tular beberapa video ‘penemuan hantu’ di hotel Melaka tular di media sosial tanpa boleh disahkan kesahihannya.

Mungkin tidak berniat buruk dan sekadar berkongsi pengalaman, pemilik video berjaya mendapatkan refund dan ianya memberi idea kepada pengguna lain untuk menggunakan alasan yang sama.

Diharapkan pelanggan berfikir panjang sebelum membuat dakwaan, hal ini kerana satu komen pengguna boleh memberi kesan yang besar khususnya dalam sektor perlancongan.