Pengotor!!! Peserta Himpunan RXZ 4.0 ‘hadiahkan’ sampah sarap tanda ingatan kepada tuan rumah

Pengotor!!! Peserta Himpunan RXZ 4.0 ‘hadiahkan’ sampah sarap tanda ingatan  kepada tuan rumah

Program ‘RXZ Member 4.0’ baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Himpunan yang berjaya meraih penyertaan hampir 40 ribu peserta.

Himpunan jentera Yamaha RXZ terbesar di Malaysia ini merupakan penganjuran kali ke keempat setelah kali pertama diadakan bermula tahun 2017 dan kali terakhir pada 2019.

Program yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Penganjuran program itu juga mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang gembira selepas kehadiran ramai membantu menyumbang sumber rezeki hasil daripada jualan pelbagai barangan yamg dijual di situ.

Namun ibarat rumah siap pahat berbunyi, akhbar Sinar hari ini melaporkan keadaan tempat program yang dipenuhi sampah sarap hasil tinggalan para peserta himpunan tersebut.

Perbuatan sedemikian jelas mencerminkan tahap mentaliti peserta yang rata-ratanya berbangsa Melayu itu terhadap kebersihan alam sekitar.

Ternyata ketika negara sedang berada di ambang sambutan Hari Kemerdekaan, jiwa peserta himpunan ini jelas masih terjajah dengan sifat-sifat buruk seolah-olah sudah sebati dengan jiwa mereka selama-lamanya.

Jika perkara mudah seperti membuang sampah ke dalam tong sampah yangvtelah disediakan penganjur pun kelihatan berat untuk dilakukan, apatah lagi hendak menghaeap perkara lebih besar daripada mereka ini.