Penguasaan bahasa Melayu : Warganet sokong ketegasan Saifuddin pertahan pegawai Imigresen

Penguasaan bahasa Melayu : Warganet sokong ketegasan Saifuddin pertahan pegawai Imigresen

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menepis kritikan terhadapnya selepas tindakannya mempertahankan pegawai imigresen yang memarahi seorang wanita dan anaknya di Johor yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Dalam perbualan singkat di X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Saifuddin memberitahu peguam Michelle Yesudas bahawa

“Bahasa Melayu ini bahasa kebangsaan. Rakyat Malaysia kena faham perkara asas ini.

“Tak perlu sampai baca semua hikayat untuk kita berinteraksi dalam Bahasa Melayu,” katanya, memetik Malaysiakini.

Katanya lagi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam surat menyurat melibatkan kerajaan.

Terdahulu, Yesudas dalam ciapannya berkata: Jika Saifuddin ingin mewajibkan BM kepada semua pemegang pasport, dia perlu buktikan Bahasa Melayunya di tahap sasterawan, karyawan negara.”

Ketika diminta mengulas insiden melibatkan pegawai imigresen di Johor itu dua hari lalu, Saifuddin berkata warga Malaysia perlu tahu bahasa kebangsaan dan pihak berkuasa ada sebab untuk berasa curiga apabila seorang warga Malaysia tidak memahami bahasa itu.

Pengarah Lawyers for Liberty Zaid Malek kemudian mengingatkannya bahawa kemahiran Bahasa Malaysia bukan keperluan bagi mana-mana warga untuk memohon pasport.