Penyanyi, Wany Hasrita akan melangsungkan pernikahan malam ini dengan Al-Adib Fahmi.
Wany, 30, yang membuat pengumuman itu menerusi Instagram turut memohon doa daripada sahabat dan peminat yang mengikutinya di platform media sosial itu supaya perkahwinannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu di muka bumi ini.
“Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan di fasa yang baru.
“Insya-Allah, Wany akan bernikah malam ini. Jadi, dikesempatan ini Wany ingin mohon maaf andai Wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua,” tulisnya seperti dilaporkan Harian Metro.
Dalam hantaran sama, Wany turut berkongsi tanda pagar #adibwany berserta tarikh hari ini.
“Maafkan kami, doakan kami,” tulisnya.
.