Pengunjung kuil jadi wira selepas bantu wanita lahirkan anak dalam kereta [VIDEO]

Pengunjung kuil jadi wira selepas bantu wanita lahirkan anak dalam kereta [VIDEO]

Kita orang MALAYSIA ❤️👍

Wanita Melayu Hendak Bersalin, Mujur Ada Hero-Hero Di Hari Thaipusam

Saya datang sembahyang di kuil Batu Caves pagi tadi. Ternampak sorang wanita jerit meminta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu berbangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.

Saya & beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitahu “KAKAK YOU AND YOUR BABY ARE BLESSED”. Rasa gembira dia selamat timang baby girl.

Ambulans pun terus sampai selepas baby keluar. Sebelum mereka dibawa ke hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada baby tu untuk kenangan 😊

Perkongsian: FB LK Savantharaja

P/s: Semangat tolong menolong itulah yang kita sanjung tinggi tak kira bangsa atau agama. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT. Syabas kepada yang membantu. Semoga murah rezeki.