Peniaga bazar Ramadan guna akuarium untuk isi air balang, netizen luah rasa risau

Peniaga bazar Ramadan guna akuarium untuk isi air balang, netizen luah rasa risau

Jika beberapa hari lalu terdapat peniaga bazar Ramadan yang memilih untuk menggunakan tong sampah bagi meletak sos ayam percik, lain ceritanya mengenai peniaga bazar Ramadan di Arau, Perlis ini.

Menerusi perkongsian menerusi seorang individu dia media sosial iaitu Nughullllll, terdapat peniaga bazar Ramadan di Arau yang mahu tampil unik dengan menyediakan air balang dalam akuarium.

Meskipun idea yang ditampil berjaya menarik perhatian ramai, para netizen rata-ratanya di media sosial lebih risau soal kebersihan serta keselamatan air yang ditawarkan.

Menurut para netizen, akuarium sememangnya tidak sesuai dijadikan tempat untuk meletak air balang berikutan terdapat gam silikon pada akuarium. Selain itu, serpihan kaca-kaca yang halus mampu masuk dalam air yang ditawarkan pada para pelanggan.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat akuarium yang dibuat daripada kaca ini lebih mudah terdedah kepada risiko pecah berbanding penggunaan bekas air balang yang biasa.