Peniaga bazar Ramadan lega PM umum sewa tapak dikurangkan kepada RM850

Peniaga bazar Ramadan lega PM umum sewa tapak dikurangkan kepada RM850

 

Peniaga bazar Ramadan di Putrajaya boleh menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sewaan tapak niaga itu dikurangkan kepada RM850, berbanding RM1,000 ketika ini.

Katanya, penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan kepada penjaja dan peniaga kecil itu sebagai inisiatif kerajaan bagi mengurangkan bebanan kumpulan itu yang terpaksa menanggung kos tambahan RM150 berbanding kadar sewa yang ditetapkan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Saya dapati Perbadanan Putrajaya telah menaikkan kadar sewa bagi bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3 kepada RM1,000 bagi setiap lot.

“Bagi membantu para penjaja dan peniaga kecil kos mengurangkan kos operasi, sukacitanya saya umumkan pengurangan kadar sewa ini kepada RM850 sebulan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Agro Rahmah Bazar Ramadan Presint 3, di semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, setakat ini pengurangan kadar sewa lot bazar hanya ditetapkan sepanjang bulan Ramadan.

Namun begitu katanya, sekiranya ia mendapat sambutan mengalakkan, kerajaan mungkin akan meluaskan inisiatif itu.