Penjawat awam akan mula dapat kenaikan gaji tahunan tambahan khas RM100 bermula 1 Januari ini

Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas sebanyak RM100 kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan dalam kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan serta profesional akan berkuat kuasa 1 Januari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini memaklumkan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 (PP Bil. 2/2022) pemberian KGT Tambahan Khas itu akan diberikan pada tahun 2023 sahaja.

Walaubagaimanapun pembayaran KGT tambahan Khas akan dibuat mulai tarikh pembayaran gaji bagi bulan Januari 2023.

“Pegawai yang layak (menerima KGT) ialah mereka yang bertaraf tetap, sementara dan kontrak (contract of service) dan telah dilantik sebelum 1 Januari 2023 serta sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023.

Pemberian KGT Tambahan Khas ini tidak mengubah Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai, tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa,” menurut JPA.