Penjelasan menarik kenapa Hartal Rider Grab/Food Panda baru-baru ini gagal

Penjelasan menarik kenapa Hartal Rider Grab/Food Panda baru-baru ini gagal

Hartal Rider Gig Services (Amaran Post Panjang)

Cerita pasal hartal rider grab ini, mengingatkan saya tentang pengalaman kerja sebagai despatch pizza di satu chain pizza yang terkemuka di Malaysia. Setiap kali cuti semester di UTMKL, saya akan apply jadi part time rider di Taman Connaught , Cheras.

Untuk tahun 2002, it was a good money. Masa tu kalau deliver pakai motor sendiri dapat RM1.8 per trip. Kalau sehari dapat 20 trip dah kira dapat 36 ringgit. Itu tak termasuk tips dari pelanggan lagi; kurang-kurang in a good day boleh dapat RM50 sehari.

Paling best bila jumpa rider pizza rival di traffic light. Rasa macam tunggu lampu nak bertukar ke hijau macam tunggu jump start moto GP. Kalau dapat selit dan tinggalkan mereka punya bangga. Itu tak termasuk bila ada corner lagi. Stand kaki tu biasa dah haus sebab every single corner akan buat lap sampai ada percikan api; sampailah dapat satu simpang berpasir dan makan jalan, pizza bersepah. Nak pula rider pizza rival datang, tanya abg okay ke? Dengan kaki sakit dan berdarah terpaksa berlakon tough padahal sakit satu badan.

Perks kerja rider tak banyakpun, beside boleh jalan-jalan makan angin, penat dia tak payah cerita. Saya pula bukan jenis photographic memory, jadi setiap trip kena tengok map (GPS tak ada zaman ni) nak cari rumah pelanggan di mana. At the end of the day, balik rumah terus tido dan mandi sebab penat sangat. Itu waktu zaman umur 20-an.

Saya bepegang pada prinsip “when life gives you lemons make lemonade”; benda positif yang saya belajar waktu jadi rider ialah english communication, customer engagement regardless dia marah atau mengamuk. Sebab itu sampai sekarang, kalau saya pergi mana-mana kedai yang ada services dan mereka sibuk; saya tak marah-marah sebab saya faham macam mana sibuknya mereka sampai tak cukup tangan.

Walaupun jadi rider boleh di katakan sebagai good money, saya tak pernah bercita-cita nak jadi rider sampai tua. Lepas saya grad dari UTMKL, saya apply jadi assistant manager di kedai pizza yang sama di Bangsar. Waktu itu gaji RM1.5K kiranya okaylah untuk zaman tu; kalau rider tak cukup saya boleh part time deliver pizza.

Waktu saya jadi manager. ada seorang part time rider umur dah dekat 45 kut, dia kerja dispatch di office dan part time rider waktu malam. Dia kata dengan saya dia enjoy kerja despatch sebab bila habis hantar dokument; dia ada banyak masa free sebab itu dia masih stick dekat jawatan yang sama. Cuma saya terfikir, takkan aku nak kerja yang sama sampai umur 50 tahun?

Lagi satu fast food industry ini dia ada trap; dengan siling gaji yang rendah dan kalau resume anda penuh dengan pengalaman/experience dari fast food chain; rezeki anda akan berlegar-legar di sekitar industri yang sama walaupun saya ada diploma kejuteraan elektrik. Waktu ini harga pizza size large hanya RM27 ringgit tapi bagi saya ia terlalu mahal; sampai saya fikir macam mana orang boleh mampu beli pizza harga RM27 ringgit? Apa kerja mereka? ( sekarang harga large pizza dah RM40 dengan sebab inflasi)

Turning Point.

Nasib saya baik sebab kawan serumah masa di UTM ajak masuk syarikat telekomunikasi; jadi network technician. Gaji permulaan dia lagi murah dari apa yang saya dapat di Pizza tapi saya ambil juga sebab saya tahu industri ini market siling nya tinggi; yang penting skillset dan kerajinan. Di syarikat ini juga saya mula mengasah bakat dari technician kepada server administrator dan fast forward 18 tahun kemudian jadi developer.

Kenapa Hartal Rider Grab/Food Panda tak berjaya?

Untuk memahami sesuatu masalah, kita kena kembali pada asas permasalahan tersebut. Rider Grab/Food Panda dia kategorikan sebagai gig worker.

Ikut wiki “pekerja gig ialah kontraktor bebas, pekerja platform dalam talian, pekerja firma kontrak, pekerja atas panggilan dan pekerja sementara. Pekerja Gig membuat perjanjian rasmi dengan syarikat atas permintaan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan syarikat.” Secara mudahnya perkerja gig ini bukanlah pekerja tetap syarikat tersebut tapi lebih kepada pekerja sementara.

Dan anda tengok kelayakan kerja untuk jadi gig worker tak tinggi; janji kena ada motor dan kena ada lesen. Bila requirement itu terlalu rendah, maka ramai orang boleh apply. Dan anda kena faham satu konsep asas ekonomi iaitu demand dan supply.

1) Kalau demand rendah, supply tinggi = harga (barang/services) akan jadi murah

2) Kalau demand tinggi, supply rendah = harga (barang/services) akan jadi mahal

3) Kalau demand dan supply sama-sama tinggi = both parties akan benefit

4) Kalau demand dan supply sama-sama rendah = both parties akan rugi.

Waktu pandemik dulu rider memang syok sebab no 2 tengah naik sebab orang tak boleh keluar rumah; dah bila dah ramai rider dia jadi nombor 3. Sekarang ini pula fasa 1 bila PKP dah tak ada dan lambakan rider di pasaran.

Regardless of any of the situation above; semua itu rider tak boleh control sebab berbalik pada persoalan kelayakan yang rendah di perlukan untuk masuk dalam industri ini. Betul saya tak nafikan ada yang boleh dapat sampai RM6-7 ribu satu bulan; itu masa kudrat muda. Kalau awak dah sampai umur 50 tahun, rasanya nak buat 10 trip pun dah tak larat.

Jalan Keluar

Jadi sebagai jalan keluar, saya cadangkan bagi yang dah ada diploma atau degree; ambil sahaja posisi pelatih dulu ke di syarikat yang mana industri dia ada career growth. Kalau yang tak ada kelulusan, boleh apply untuk belajar separuh masa.

Ya saya tahu ia bukan benda mudah; alah biasa tegal biasa, dan kota rom tidak dibina dalam sehari.

Bila awak dah masuk dalam industri yang awak minat; jangan berhenti belajar. Keep being curious and you’ll remain young at heart. Kalau awak minat bidang IT; belajar jadi specialist. Mungkin mula-mula boleh cuba IT helpdesk, lepas itu apply untuk IT Support, IT Specialist dan last sekali IT Expert.

Kerja di mana-mana pun kita tahu kita boleh di ganti bila-bila masa; regardless kerja grab food rider ataupun IT Expert. Bezanya kalau kerja rider kata dia nak resign, esok syarikat boleh dapat perkerja baru ganti. Tapi kalau IT Expert bagi surat resign, saya rasa berpeluh juga hiring manager nak cari pengganti. Silap-silap kalau mereka terdesak mereka akan offer 50% kenaikan gaji. Ingat ini 50% dari gaji 8K, sudah 12K, bukan 50% dari gaji 2K.

Apa-apa industri yang kita masuk pun kita kena target untuk jadi pakar dalam sesuatu bidang; jadi niche. Bila awak dah berada dalam niche market, awak tak susah-susah apply kerja baru; headhunter sendiri yang akan cari dan offer kerja baru untuk awak.

Sumber – FB MMMS