Penjelasan promoter ‘Private Mandate’ susulan tular lesen syarikat pengurusan dana DDNK disekat Suruhanjaya Sekuriti

Penjelasan promoter ‘Private Mandate’ susulan tular lesen syarikat pengurusan dana DDNK disekat Suruhanjaya Sekuriti

Belum pun reda daripada kontroversi pernikahannya dengan anak murid sendiri baru-baru ini, Datuk Dr. Nazri Khan sekali lagi berdepan ujian selepas tular syarikat pengurusan dananya telah digantung Suruhanjaya Sekuriti.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan DDNK itu diketahui umum menggunakan syarikat Inter Pacific Asset Management Sdn Bhd dalam setiap promosi melibatkan pelaburan berkaitan Private Mandate.

Susulan itu, seorang tokoh kewangan bumiputera yang sering menulis di media sosial, Afyan Mat Rawi tampil memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut di Facebook miliknya.

Ini selepas namanya dikaitkan selepas didakwa menjadi promoter pelaburan Private Mandate DDNK.

Tulisnya…

Berkenan isu DDNK kena suspended oleh Suruhanjaya Sekuriti, saya tak ada apa-apa yang perlu saya explain. Saya pun baru tahu hari ini, sama macam anda semua. Interpac pun tidak maklumkan awal berkenan perkara ini kepada Marketing Representative (MR) mereka.

Siapa yang baru tahu, rujuk posting sebelum ini. Ada screenshot daripada Suruhanjaya Sekuriti berkenaan perkara ini.

Saya juga tak perlu sorokkan dan padam mana-mana status tulisan berkenaan promosi dana yang beliau uruskan. Tulisan itu benar ketika ia ditulis. Jika ada kesalahan fakta, boleh kongsikan secara spesifik supaya mudah saya betulkan. Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis.

Saya tidak risau pun dengan yang sesiapa yang mengkritik dan hentam. Ia bukan baru berlaku hari ini, malah sejak beberapa bulan lalu apabila market jatuh. Jika ia datang daripada haters, ia tidak pelik. Memang itu fungsi haters, mencari salah saya. Itu dah berlaku sejak 10 tahun lepas, haters datang dan pergi.

Dalam tulisan-tulisan tersebut sudah saya letakkan disclaimer dan kongsikan tentang risiko pelaburan dalam mana-mana private mandate dan unit trust.

Klien-klien yang invest melalui saya, sudah diterangkan kos dan risiko terlibat. Saya juga sudah menasihatkan jika tak bersedia untuk market drop, lebih baik jangan invest atau cut loss jika sudah melabur.

Banyak kali dikongsikan, apabila melabur dalam unit trust, private mandate, emas dan sebagainya, ejen akan untung dulu sebelum melabur. Malah jika instrumen pelaburan tanpa ejen pun, platform atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelaburan tersebut akan untung terlebih dahulu. Klien dan pelaburan belum tentu untung. Jika bersedia, silakan labur. Jika tidak bersedia, biarkan sahaja di bank, Tabung Haji atau ASB.

Saya yakin, followers yang dah lama follow faham perkara ini. Malah yang melabur melalui saya pun dah faham. Yang jadi masalah ialah apabila melabur melalui MR atau ejen lain yang misleading, tapi salahkan saya pula. Hahaha!

Benda ni pun dah saya pernah sound dahulu: isu MR-MR yang tidak bertauliah memasarkan produk Private Mandate. Malah ramai juga yang promote dengan cara hype dan misleading. Saya juga pernah tulis bahawa cara marketing DDNK yang hype dan saya tak gunakan cara tersebut. Laporan juga pernah saya lakukan kepada pihak atasan ketika itu.

Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis. Jika ada apa-apa kesalahan, boleh tunjukkan secara spesifik, mudah saya nak betulkan. Saya takkan pertahankan kesalahan.

Jadi sebarang pertikaian terhadap mana-mana pihak, ejen atau MR yang mempromosi secara misleading, ia di luar kawalan dan bukan tanggungjawab saya.

Jika misleading itu datang daripada saya atas team saya pun, boleh buat laporan. Boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti, badan yang mengawal selia syarikat-syarikat pelaburan. DDNK pun boleh kena suspended. Saya pun boleh kena. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang.

Siapa nak melabur? Boleh PM tepi. Hahahah!

Sumber : FB Afyan Mat Rawi