Penjelasan punca banjir besar, Khaled sindir Tuan Ibrahim

Penjelasan punca banjir besar, Khaled sindir Tuan Ibrahim

Tertarik dengan ulasan yang Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar (KASA) dalam berita “Hujan semalam sama dengan taburan purata sebulan”.

Satu kenyataan beliau yang berbunyi “Ini sesuatu di luar jangkakan dan hanya berlaku dalam 100 tahun sekali” sebenarnya sangat membimbangkan untuk saya.

Pertama sekali, kita kena faham apa itu Average Recurrence Interval (ARI) atau selalu dikenali sebagai Return Period. Dalam kejuruteraan awam, ARI ini selalu dipakai untuk mengira perkara-perkara yang tak boleh dan sukar dijangka. Misalnya, kelajuan angin, rainfall intensity, magnitud gempa bumi, etc.

ARI ini selalunya terbahagi kepada
1. 5-years,
2. 50-years,
3. 100-years.

Setiap ARI akan dikira oleh badan atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Selalunya, untuk tahap banjir akan dikira oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). Semakin tinggi ARI atau return period cycle, semakin tinggi nilai.

Important notes: ARI bukanlah semestinya berlaku dalam tempoh return period. Tak semestinya 100-years ARI, akan berlaku sekali banjir teruk. Kalau semudah itu, memang senanglah jurutera nak design infrastruktur banjir.

Dalam merekabentuk sesebuah sistem stormwater (boleh rujuk gambar pertama), kita akan bahagikan kepada ARI 5-years, 50-years dan 100-years.

Kita ambil contoh Sg Gombak, dalam sistem stormwater design, kita akan bahagiakan kepada minor system (ARI-5 years) dan major system (ARI 100-years).

Kalau kita lihat kepada Sg Gombak yang ditenggelami air baru-baru ini, air telah melimpah melebihi major system. Maksudnya, major system sudah tidak mampu memenuhi kapasiti ARI 100-years. Dengan mudahnya, Sg Gombak sekarang dah tak boleh nak mengelakkan Kuala Lumpur daripada banjir kilat sekiranya hujan baru-baru ini melanda pada masa yang akan datang.

Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Alam Sekitar sudah perlu memikirkan infrastruktur ‘resiliency’ untuk mengelakkan banjir berlaku di Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Belanda antara contoh terbaik. Jepun juga antara yang terbaik kerana negara di sana mempunyai bilangan bangunan pencakar langit yang banyak sama seperti di Kuala Lumpur.

Kadang-kadang kita terlupa bahawa ‘rapid urbanisation’ pun ada akibatnya. Akibat yang paling senang dilihat untuk ‘rapid urbanisation’ adalah banjir.

Saya percaya banyak infrastruktur untuk stormwater management. Mungkin sudah masanya untuk terokai pelbagai infrastruktur untuk meningkatkan ‘resiliency’ Kuala Lumpur terhadap banjir. Misalnya,

1. Dual-purpose retention pond. (Low cost)
2. Wajibkan bangunan tinggi atau skyscrappers bina stormwater basement. (medium cost). Ada beberapa bangunan di Malaysia yang sudah ada sistem ini.
3. SMART tunnel 2 (high cost)

Sudah patut untuk Kerajaan membelanjakan kewangannya kepada infrastruktur untuk stormwater management. Kalau tak ada stormwater infrastructure, mungkin kita akan dilanda banjir kilat yang sama dalam masa 10 tahun dari sekarang.

P/s Selamat Pengarah KASA yang cakap. Kalau menteri lebai yang cakap confirm panjang lagi post ni.