Pensyarah ini mengalir air mata tengok bekas pelajarnya ‘struggle’ cari rezeki

Pensyarah ini mengalir air mata tengok bekas pelajarnya ‘struggle’ cari rezeki

 

Niat hanya mahu membantu seseorang dalam kesusahan, wanita ini tak sangka pemuda yang dibantu adalah bekas muridnya sendiri.

Satu hantaran tular selepas seorang pensyarah memuat naik perkongsian di media sosial mengenai rasa sedih melihat bekas pelajar bersusah payah mencari rezeki.

Di bawah adalah perkongsian Dr Syazwani Drani.

Sebak dan sayu hati ini bila terjumpa semula bekas pelajar saya yang sedang struggle mencari sumber pendapatan.

Saya tunggu sahaja sampai dia habis makan dan hanya tengok dari dalam kereta.

Suap demi suap dia makan saya tengok, tersentuh sungguh hati ini, mengalirlah jugak air mata saya.

Masa saya nampak dia tengah membuka bungkusan makan yang dibeli. Saya jadi terdetik nak panggil dia, tapi tak sampai hati sebab dia tengah makan.

Reaksinya apabila melihat saya seperti yang telah saya jangkakan, dia teruja dan segan, sempat juga dia berkongsi kesusahan yang dialami.

Antara yang menyentuh hati saya, dia cakap ‘Saya suka masa hujan Dr (doktor)’ sebab masa tu ramai orang tak keluar rumah, masa tu order (pesanan) banyak.

Ya Allah, kita ni dalam hujan duduk di rumah je, order sahaja apa nak, mereka yang mencari pendapatan pula bersusah payah, bergolok gadai nyawa membawa motor.

Sungguh ikhlas mereka menolong orang lain memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Tapi kita tak nampak kesusahan si penghantar ni macam mana.

Kalau barang tu lambat sampai sedikit, kita sebagai pelanggan janganlah marah, bukan niat mereka sebenarnya untuk melambat-lambatkan penghantaran.

Sebagai pelanggan buatlah mereka gembira dengan berkata terima kasih ketika barang makanan sampai. Itupun sudah cukup menghilangkan rasa penat mereka menghantar.

Kalau nak cepat sangat, lebih baik terus beli sendiri.

Kita ni jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada “sekali sekala tu letak la kaki kita dalam kasut mereka” barulah kita tahu selesa ke ketat ke basah ke”.

Kita sebagai pelanggan janganlah memberatkan lagi beban mereka dengan kata-kata yang mungkin mengguris hati mereka.

Ketika itu, saya ada menghulurkan sesuatu kepadanya, pemberian saya ditolak, selepas beberapa kali saya memberitahunya hasrat saya untuk membantu, dapat dilihat matanya mula berkaca,

Allahu, ianya betul-betul meruntun hati, ucapan terima kasihnya tidak pernah lekang dibibir.

Kemudian saya pun berlalu pergi, mendung di luar namun hujan di dalam, saya doakan awak akan sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan mencari rezeki.

Saya juga doakan agar pelajar saya ni dipelihara dari sebarang musibah, serta mendapat perlindungan dari Allah.

Benarlah seorang guru itu akan sentiasa mengenang para pelajarnya, tidak kira beribu yang dididik, naluri pemberi ilmu itu kuat untuk bantu orang dalam kesusahan.