Pensyarah terkejut kantoi dengan anak muridnya sendiri

Pensyarah terkejut kantoi dengan anak muridnya sendiri

Seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam kerugian RM2,000 selepas ditipu kenalannya bernama ‘Encik Ali’ pada Sabtu.

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 57 tahun dihubungi suspek melalui aplikasi Telegram jam 12.30 pagi meminta pertolongan untuk meminjam wang daripada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, susulan daripada itu, mangsa telah melakukan pindahan wang seperti diminta suspek.

“Selepas memasukkan wang itu, suspek sekali lagi meminta mangsa melakukan pindahan wang berjumlah RM3,000 ke nombor akaun sama.

“Namun mangsa yang curiga dengan kejadian itu tidak berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian di Balai Polis Kuantan pada petang Sabtu

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.