Penting!!! Ini perkara yang wajib anda tahu tentang Influenza A

Penting!!! Ini perkara yang wajib anda tahu tentang Influenza A

Susah nak diam lah sebab risau.
Masa saya locum, punyalah ramai kanak kanak termasuk bayi yang datang klinik akibat influenza like illness.

Bila masuk klinik pula, ibu bapa dijangkiti dari anak anak sendiri.

Influenza ini cepat merebak dan ambil masa lama untuk betul betul sembuh.

Paling kasihan pada bayi dan anak kecil sebab tak pandai buang kahak dan tak tau nak habaq pun betapa tak selesanya mereka.

Sebab tu, kalau boleh tak usahlah dedahkan anak anak lagi lagi yang masih kecil pada tempat berisiko tinggi.

Habis nak kurung anak anak?
MashaAllah. Dunia ini luas Allah ciptakan.
Anak kecil lebih elok dan bagus terdedah dengan matahari dan alam sekitar berbanding main main di dalam dewan atau bangunan.

Punyalah banyak tempat boleh bawa mereka untuk nikmati hidup.

Kita dulu pun main pondok pondok, polis sentri, roundes, galah panjang, congkak guna bijik getah, lompat getah, lari hambat wau, kat luaq saja, tak heran pun kalau tak tengok wayang, kan?

Ka sebab saya ni orang kampung sangat?

Kalau anak tak sihat, tak perlu bawa keluar ke mana mana. Jagalah mereka sebaiknya.
Paling penting, jika anak demam, bagilah ubat demam 6-8jam sekali, mandikan mereka dengan kerap, make sure pampers mereka ada ayaq kencing dan tiada tanda amaran seperti

Nafas laju, nafas berbunyi kuat, muntah atau cirit non stop, lemah tak bermaya, dahi dan dada berlekuk, menangis tak keluaq ayaq mata, takmau makan dan minum.
Jika ada, tolonglah terus bawa anak tersebut ke hospital.
Jangan tunggu jangan berlengah.

Baru sahaja terbaca seorang anak kecil sedang bertarung nyawa di ICU akibat daripada komplikasi long Covid.

Ya Covid pun masih ada ya.
Jadi, sentiasa lah beringat.
Bukan suruh kurung diri tapi beringat untuk elak dari terkena. Itu saja.

As usual, ini cuma nasihat.
Bukan kecaman.

Nasihat pasai banyak stok ubat di klinik, hospital dan farmasi sudah habis.

Jadi? Tak perlu risau lagi?

INFLUENZA A

Nak kongsi sikit tentang influenza A yang tengah sakan sekarang ni🤙🏻

Ok, apa benda influenza A ni?
Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selsema) yang disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.

Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D.
Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A.
Ianya bukan sahaja boleh menjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir.

Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari.
Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.

Saya senaraikan tanda tanda dan rawatan di dalam gambar di bawah ok.
( Tulis dalam gambar macam lebih mudah diingati, kan?)

Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau ahli keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selsema, berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.

Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.

Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.

Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta.

Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.

Rehat di rumah.
Minum air masak banyak banyak.
Makan makanan yang tidak terlalu berat.
Tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus.
Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya.

Dan dapatkan vaksin influenza apabila sudah sembuh nanti.

Adakah supplemen yang boleh merawat influenza?
Tidak ada.
Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja.
Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.

Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga.

Ingat satu sahaja,sakit itu penghapus dosa😊

https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu

https://www.cdc.gov/flu/avianflu/influenza-a-virus-subtypes.htm

Nota kaki : Jaga diri & kesihatan. Nak tahu tentang kesihatan, tanya ahli kesihatan yang beretika bukan yang jual produk buatan sendiri✌️

P/s -Jika anak anak tidak sihat atau anda sendiri tidak sihat, please jangan keluar jalan merata rata, jangan sebarkan virus dan hentikan penyakit ‘ishh takde apeee’ ‘ishh demam biasa ni’ ish itu ish ini, ishq kia hua?(tiber)

Sumber – FB Dr. Erna Nadia