Penuh kesan gigit & cakar, ibu dakwa anak alami kecederaan akibat kecuaian pengasuh di taska ternama

Penuh kesan gigit & cakar, ibu dakwa anak alami kecederaan akibat kecuaian pengasuh di taska ternama

 

Kesibukan ibu bapa keluar bekerja membuatkan mereka perlu mengupah pengasuh peribadi atau hantar ke pusat jagaan taska.

Mahal bukan masalah demi memastikan anak-anak dijaga rapi.

Namun bagi Puan El Ameerah dan suami, mereka cukup luluh mengenangkan kejadian yang menimpa cahaya mata mereka, Baby Maryam.

Cikgu cakap “kawan gigit Maryam masa cikgu keluar kejap amik minyak rambut”

Sewaktu baru masuk ke taska terbabit, si kecil itu nampak sangat riang namun menangis sekuatnya apabila dijemput pulang.

Awalnya disangka mungkin belum biasa dengan suasana baru, namun hati ibu bapa mana yang boleh tenang selepas menemui banyak kesan gigitan, lebam dan calar di seluruh badan anak?

Bila periksa CCTV, rupanya Baby Maryam & budak lain diletakkan dari pagi

Tinjauan ke bilik di mana kejadian itu berlaku semakin menambahkan duka Puan El Ameerah selaku ibu.

Rupanya Baby Maryam dan juga beberapa budak lain bukanlah berada dalam ruangan yang cantik-cantik.

Sebaliknya mereka ditempatkan dalam bilik isolasi dengan alasan supaya tidak mengganggu waktu tidur bayi-bayi lain.

Paling tidak boleh diterima akal, lantai bilik itu tidak mempunyai alas langsung. Sudahlah lantainya sejuk dengan penghawa dingin, mereka juga dibiarkan tanpa pengawasan rapi.

Rakaman CCTV antara jam 11 pagi – 3.45 petang tak diserahkan…Apa yang berlaku 4 jam ni?

Rasa curiga semakin menebal kerana rakaman CCTV yang ditunjukkan bukanlah dalam durasi penuh.

Merupakan sebuah taska yang mempunyai nama gah, justeru pasangan suami isteri ini terkejut sebegitu teruknya cara penjagaan anak-anak di sana.

Laporan polis sudah pun dibuat dan buat masa sekarang Puan El Ameerah dinasihati untuk merahsiakan dahulu lokasi taska terbabit.