Penuntut IPTS maut terjatuh dari tingkat 21, tak lama lepas ‘check in’ hotel dengan kawan lelaki

Penuntut IPTS maut terjatuh dari tingkat 21, tak lama lepas ‘check in’ hotel dengan kawan lelaki

 

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel di Tanjong Bungah, George Town pada Rabu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada jam 3.35 petang.

Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku tidak lama selepas mangsa dan rakan lelakinya mendaftar masuk ke bilik hotel berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki tersebut hanya menyedari rakannya itu adalah mangsa dalam insiden terbabit selepas melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah selain turun ke tempat kejadian bagi mendapatkan kepastian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.