Penyandang kerusi DUN Asahan dari BN meninggal dunia kerana COVID-19

Penyandang kerusi DUN Asahan dari BN meninggal dunia kerana COVID-19

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan daripada BN, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Alahyarham dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat Covid-19 baru-baru ini. Berita pemergiannya dimaklumkan oleh anak beliau seperti dilaporkan Bernama.

Ghafar Atan sebelum ini tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini, telah ditidurkan sejak semalam berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun.

Menurut jurucakap Hospital Melaka, Abdul Ghafaar disahkan positif Covid-19 sejak minggu lepas dan mendapat rawatan di hospital Melaka.

“Namun kesihatannya menurun dan telah dimasukkan di ICU tetapi keadaannya terus tidak stabil hingga terpaksa ditidurkan sejak semalam,” katanya

Sementara itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pula telah mengadakan bacaan Yassin menerusi aplikasi google meet petang semalam mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Abdul Ghaafar.

Menerusi aplikasi WhatsApp dalam kalangan rakan-rakannya juga telah diminta untuk mendoakan semoga Abdul Ghafaar cepat sembuh daripada Covid-19.