Penyanyi lelaki BBNU putus tunang kantoi bernafsu songsang, sepatutnya kahwin tahun ini

Penyanyi lelaki BBNU putus tunang kantoi bernafsu songsang, sepatutnya kahwin tahun ini

 

Seorang penyanyi lelaki BBNU didakwa telah putus tunang dan kini sedang membawa diri ke luar negara ekoran perkahwinan yang dirancang dibatalkan.

Didakwa kantoi suka sejenis?

Memetik laporan dari Boom!, pendatang baru dalam dunia hiburan yang dikatakan pernah menyertai program realiti hiburan dan mengeluarkan beberapa single lagu itu dikatakan mempunyai rupa paras yang kacak dan juga bersuara merdu.

Pihak perempuan batalkan majlis kahwin

Walau bagaimanapun, menerusi sumber terdekat penyanyi tersebut, pihak perempuan mendakwa tunangnya itu mempunyai nafsu songsang.

Jadi, keluarga perempuan mengambil tindakan memutuskan sahaja pertunangan tersebut daripada meneruskan perkahwinan yang sepatutnya berlansung pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, penyanyi terbabit ketika dihubungi enggan mengulas berkenaan perkara itu namun mengakui bahawa pertunangannya dengan gadis terbabit yang berlangsung pada pertengahan tahun lalu sudah pun berakhir.

Agak-agak siapa pula penyanyi tu ye? Dengar kata ketika menyertai program realiti tersebut, dia pernah disebut-sebut sebagai pemenang? Lagi-lagi pula, ada satu single nyanyiannya menjadi OST drama rantaian televisyen. Sudah tentu menjadi siulan ramai kan?