Penyanyi Noh Salleh sudah bertunang

Penyanyi Noh Salleh sudah bertunang

 

Penyanyi, Noh Salleh didakwa sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa di Putra Heights, di sini, hari ini.

Noh dah bertunang

Sumber Harian Metro berkata, majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa Fatin menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran. Difahamkan juga, pasangan ini dijangka diijabkabulkan pada 23 September 2023.

Difahamkan, wanita itu merupakan seorang peguam dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai awal Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan pada April tahun lalu.