Penyelamat bersedia sambut Rayan sejam daripada sekarang

Penyelamat bersedia sambut Rayan sejam daripada sekarang

Misi menyelamat budak lelaki yang jatuh dan terperangkap di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter di Maghribi akan disempurnakan dalam tempoh kurang sejam lagi.

Laporan terkini yang disiarkan Sinar Harian memaklumkan bahawa pasukan penyelamat sedang melakukan penggalian berhati-hati bagi membawa keluar kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Pasukan penyelamat sebelum ini menyatakan empat meter sudah digali secara manual dan hanya tingal 180 sentimeter (sm) sahaja lagi untuk mencapai Rayan.

Operasi menyelamat Rayan dilancarkan sejak Selasa lalu namun terpaksa dilakukan secara berhati-hati susulan kebimbangan risiko runtuhan dalam lubang.

Difahamkan, helikopter sudah berada di lokasi kejadian di perkampungan Ighrane untuk membawa Rayan ke hospital. –