Penyingkiran Netanyahu, pemuda ini kongsikan analisa kesannya kepada Pal3stin

Penyingkiran Netanyahu, pemuda ini kongsikan analisa kesannya kepada Pal3stin

Selepas 12 tahun berkuasa, pemerintahan Benjamin (Bibi) Netanyahu sebagai PM Israel telah tamat dan digantikan oleh Naftali Bennett.

Apakah maksud ini semua? Apakah kesannya kepada Palestin?

Satu fenomena unik pasal politik Israel adalah: sejak penubuhan Israel pada 1948, tak pernah ada satu parti dapat majoriti (61 daripada 120 kerusi) dalam keputusan PRU.

Semangat berpuak-puak orang Yahudi ni memang kaw. Parti tak habis-habis berpecah, dan serpihan tu boleh berpecah lagi. Jadi tak ada satu parti yang cukup kuat untuk mewakili majoriti rakyat.

Maka parti-parti perlu bergabung untuk menubuhkan kerajaan gabungan (“coalition government”).

Selalunya kerajaan gabungan terdiri daripada parti-parti yang berhaluan sama. Gabungan parti-parti dari haluan/ideologi berbeza susah nak bertahan.

Contoh kalau nanti kerajaan tak cukup duit, parti yang cenderung kepada “deficit spending” akan kata tak per, boleh berhutang sekarang, manakala parti cenderung kepada “austerity” pula akan kata tak boleh, kita kena ikat perut. Macam mana kerajaan nak jalan.

Sebelum ini pun, kerajaan Netanyahu terdiri daripada Likud (partinya sendiri), The Jewish Home (berpecah jadi Yamina dan Religious Zionist Party), Shas dan United Torah Judaism. Semua ni parti-parti berhaluan kanan dan ortodoks.

“Kanan” (right-wing) dalam politik Israel bermaksud mereka yang lebih “ultra” dalam pegangan Zionisme mereka. Mereka anggap tanah Palestin tu hak mereka, tak perlu nak berkompromi dengan Arab Palestin.

Dan kalau ikutkan, Bennett yang diangkat jadi PM baharu ni lagi “right-wing” berbanding Netanyahu. Berbeza dengan Likud yang sekular, Yamina adalah “religious Zionist” yang pakai dalil agama untuk justify cita-cita dan kekerasan mereka. Jadi mereka lebih fanatik dan gila.

Manakala parti-parti belah kiri tengah (centre-left) dan tengah (centrist) seperti Labour dan Meretz lebih cenderung kepada penyelesaian pragmatik kepada konflik Palestin.

Mereka tetap Zionis (orang yang sokong pendirian negara Israel di tanah Palestin), cuma lebih lunak dan boleh bawa berunding.

Dulu kerajaan Labour di bawah Yitzhak Rabin yang memulakan rundingan damai dengan Palestin, membawa kepada Perjanjian Oslo 1993 yang menjanjikan “two-state solution”.

Tapi sejak puak kanan bawah Netanyahu ambil alih, two-state solution makin ke laut, dan Israel makin bermaharajalela.

Cuma sejak PRU April 2019, blok kanan tak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan. Blok centre-left dan centrist pun sama.

PRU Mac 2021 baru-baru ini adalah PRU kali ke-4 yang diadakan dalam masa 2 tahun, dan sekali lagi, tiada siapa-siapa cukup majoriti untuk bentuk kerajaan.

Jadi, parti centrist iaitu Yesh Atid yang diketuai oleh Yair Lapid cuba ajak parti berhaluan kanan (Yamina, New Hope, Yisrael Beiteinu) dan kiri tengah (Labour, Meretz) untuk sama-sama membentuk “kerajaan perpaduan” (unity government) bagi menjatuhkan Netanyahu.

“Unity government” adalah nama glamour bagi kerajaan “grand coalition” yang lebih luas dari segi haluan politik berbanding coalition yang biasa. Dan selalunya ditubuhkan atas tujuan yang kononnya mulia, seperti waktu perang, atau untuk jatuhkan pemimpin yang dianggap korup, macam Netanyahu yang terpalit dengan pelbagai kes rasuah.

Parti berhaluan kanan lain yang sokong deal ini termasuk Yisrael Beiteinu yang anti parti ortodoks (Shas dan UTJ) dan New Hope yang anti-Netanyahu.

Gabungan ini hampir jadi pada awal Mei. Tapi Netanyahu desperate punya pasal, dia pergi halang pembentukan kerajaan perpaduan tersebut dengan probok konflik dengan Gaza.

Dan muslihat dia nampak jadi. Yamina telah tarik diri daripada rundingan kerajaan perpaduan selepas konflik tercetus.

Tapi selepas konflik reda, tup-tup Yamina mengumumkan dia akan menerima lamaran Yesh Atid.

Dan berdasarkan deal yang dicapai, Bennett ketua Yamina akan jadi PM untuk 2 tahun pertama, diikuti oleh Lapid.

Ni kira taktik “malu tapi mahu”, jual mahal supaya dapat tawaran yang lebih hebat (dapat jadi PM dahulu walaupun kerusi partinya lebih sikit).

Semua parti selain Likud bawah Netanyahu, Religious Zionist Party, Shas dan UTJ sokong gabungan ini, kecuali Joint List iaitu gabungan parti-parti Arab yang secara prinsip tak boleh sokong kerajaan yang diketuai oleh seorang ahli politik right-wing iaitu Bennett.

Manakala sebuah lagi parti Arab, United Arab List (nama singkatan: Ra’am) yang diketuai oleh Mansour Abbas pula ambil pendirian fleksibel, menyatakan sokongan kepada gabungan ini.

Ra’am ni berasal dari Gerakan Islam di Palestin (الحركة الإسلامية في الأراضي الفلسطينية) yang merupakan sebuah parti haraki (media Barat panggil “Islamist”). Jadi tindakan Abbas dianggap agak luar biasa, seolah-olah bersubahat dengan musuh.

Tapi Abbas pertahankan pendiriannya dengan mengatakan tindakannya adalah satu-satunya cara untuk memperbaiki taraf hidup orang Arab. Sebab dengan memasuki kerajaan, dia boleh fight untuk dapatkan funding kepada kawasan Arab bawah pemerintahan Israel.

Bila dicampurkan semua (Yesh Atid 17, Yamina 7, Kahol Lavan 8, Labour 7, Yisrael Beiteinu 7, New Hope 6, Meretz 6, United Arab List 4), maka cukup 62 kerusi untuk bentuk kerajaan. Ngam-ngam lepas nombor 61.

Matlamat jangka pendek gabungan ini adalah untuk jatuhkan Netanyahu dan memastikan dia masuk penjara. So untuk sementara waktu, gabungan ini boleh hidup secara harmoni sebab berkongsi matlamat yang lebih besar.

Tapi once matlamat tu dah dicapai, perbezaan antara parti-parti ni akan timbul, terutamanya mengenai Palestin.

Bennett dan parti-parti kanan akan ambil pendirian yang lebih keras terhadap Palestin, manakala centrist, centre-left dan Ra’am akan bantah kekerasan dan menyeru kepada diplomasi.

Jadi kerajaan ini ada risiko tumbang bila-bila masa, apabila salah satu parti menarik sokongannya akibat perbezaan pendapat.

(Di Israel ada Anti-Defection Law, tak boleh lompat parti, so parti kena keluar/masuk gabungan secara “en bloc”)

Yang paling takut tidak lain Lapid sendiri. Sebagai PM tepi, kalau gabungan ini collapse, tak dapatlah dia nak rasa jadi PM. So dia akan memainkan peranan pendamai sekiranya konflik timbul dalam gabungan ini.

Jadi, kerajaan baharu ini boleh jadi lebih baik atau lebih teruk untuk Palestin, bergantung kepada sejauhmana “players” dalam gabungan ini memain “game” politik masing-masing.

#BBB #ByeByeBibi

Sumber: https://www.facebook.com/1821685114/posts/10215423770747077/