Penyokong PN sebar tangkap layar palsu Siti Nurhaliza kutuk program Himpunan Madani malam tadi

Penyokong PN sebar tangkap layar palsu Siti Nurhaliza kutuk program Himpunan Madani malam tadi

 

Penyokong Perikatan Nasional didakwa cuba mencemarkan imej penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selepas tertularnya tangkap layar palsu mengaitkan penyanyi tersebut mengutuk program Himpunan Madani di Kedah malam tadi.

Program yang dihadiri ribuan rakyat negeri tersebut turut diserikan dengan persembahan dua orang penyanyi terkemuka negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search.

Bagaimanapun, warganet dikejutkan dengan tangkap layar perkongsian menerusi FB Siti Nurhaliza yang memuat naik status mengatakan beliau dijemput untuk memeriahkan majlis.

“Saya hadir malam tadi hanya dijemput untuk memeriahkan majlis. Tak sangka pula ianya adalah seperti majlis politik,” tulisnya.

Menerusi posting di Facebook itu, Siti berkata tidak menyangka ianya seperti majlis politik. Namun, beliau tetap menghormati warga negeri Kedah tanpa ada niat politik.

“Saya tetap menghormati warga negeri Kedah yang saya hadir semalam tanpa ada apa-apa niat politik dan saya tetap menyatakan pendirian untuk menghormati kerajaan negeri,” tulisnya.

Difahamkan, semalam berlangsungnya Himpunan Madani dan hari ini diteruskan dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia, Alor Setar.

Walaubagaimanapun, selepas disemak keesahan hantaran tersebut di laman FB penyanyi tersebut,warganet mendapati ianya ternyata palsu dan bertujuan memburukkan imejnya di kalangan penyokong kerajaan.