Perang dua selebriti warga ‘Peghelih’ ini bikin netizen ketawa

Perang dua selebriti warga ‘Peghelih’ ini bikin netizen ketawa

Warga utara, kawasan meliputi sempadan daerah Taiping, Perak hinggalah membawa ke Padang Besar, Perlis memang terkenal dengan gurauan lawaknya.

Bukan calang-calang orang yang mampu tahan dengan lawak mereka ini. Silap gaya, memang boleh cetuskan pergaduhan.

Tapi itulah indahnya kehidupan di negara ini, penuh rencam dengan pelbagai gaya dan bahasa.

Perkara yang ingin diceritakan ini turut melibatkan warga belah utagha. Berkebetulan kedua-dua yang terlibat datang daripada negeri yang sama, Peghelih Darul Harumanis.

Mwnurut perkongsian dari portal RotiKaya menceritakan satu kisah yang berlaku baru-baru ini melibatkan Rita Rudaini, pelakon popular yang kontroversi dengan kisah vaksin Covid-19nya.

Pelakon cantik tersebut menarik perhatian pengguna sosial media selepas didakwa memerli Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza mengenai isu dos penggalak vaksin.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Rita berkata Mufti Perlis itu seakan baru ‘sedar daripada tidur’ selepas ahli keluarganya sendiri dilaporkan tidak berada dalam keadaan baik selepas mengambil dos penggalak.

“Bila kena kat keluarga sendiri, pandai pulak nak buka mulut hingaq (bising), selama ni koma, selama ni tuli, selama ni kempen & jilat tak sangga.

“Tak semestinya orang yang jahil hanya orang yang kurang ilmu agamanya. Orang yang tinggi agamanya lagi jahil sejahilnya dengan izin Allah S.W.T.” tulisnya.

Rita turut mempersoalkan Mufti Perlis itu yang sebelum ini mengatakan vaksin ditugaskan untuk melindungi namun kini meminta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangguhkan pula dos penggalak.

Dalam pada itu, Rita turut menyindir kenyataan KKM yang memaklumkan berlaku kematian akibat pemberian vaksin di Penjara Kajang.

Kata Rita lagi, apabila berlaku perkara yang boleh memudaratkan, vaksin tidak lagi menjadi ikhtiar tetapi sepatutnya kita perlu mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.