Perasaan seorang menantu bila keluarga mertua asyik minta duit saja

Perasaan seorang menantu bila keluarga mertua asyik minta duit saja

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Thanks kalau confession ni disiarkan. Aku tak tau tajuk apa yang sesuai. Aku letak je tu. Haha.

Terdetik hati nak post jugak sebab sejak menjak ni macam naik balik trend menantu terasa hati, mertua pun macam tak berapa nak ada common sense.

Aku tertarik dengan satu ayat..

Beliau kata “Maknya selalu sebut tak nak susahkan anak menantu macam yang bekas mentuanya pernah buat dulu”.

Ya, itu ayat yang sama mak mentua aku berulang-ulang dia zikirkan. Tapi, kenyataannya memang ke lautan dalam Asia Pasifik gamaknya.

Bagi yang komen, apa bendalah korang ni, mengata mertua sendiri, mertua tu syurga suami yada yada yada.

Ketahuilah bahawa kami menantu2 ni tak lah begitu rendah IQ nya untuk menolak hakikat itu. Tapi, ketahuilah zaman sekarang memang zaman mengira bukan boleh senang beri, beri dan beri.

Sebab apa? Susah laki bini mertua memang buat tak reti. Aku dah kahwin hampir 10 tahun. Dari kes nak beli kereta sendiri, rumah sendiri. Semua tak kena.

Lagi banyak komplen dari support. Tapi, aku buat ego sendiri je.

Sampai sekarang kena jeling dengan mertua, adik ipar yang high demand sebab pakai kereta tempatan. Macam berdosa je pakai kereta biasa2 kan.

Bab kewangan suami isteri ni sebenarnya sangat sensitif. Sebab pada aku, contoh purata gaji 6k suami isteri, anak 2 orang memang cukup-cukup sahaja silap-silap tak cukup untuk keluarga kecil di zaman all about money ni.

Bila keluarga mertua dok minta saja, macam mana keluarga kecil ni nak survive?

Aku rasa menantu yang dikata berkira ni dia tak kisah pun kalau laki dia nak bagi sekian amount pada mak, keluarganya.

Tapi, bila dah asyik meminta2 tanpa segan silu, tak memikirkan menantu yang sama mengerah keringat, kebajikan cucu-cucu ni, siapa yang tak terasa? Kalau mertua memang miskin, lain kesnya.

Ni kalau mertua pun heboh canang sana sini bangga dengan menantu kata diorang keluarga T20, tapi masih minta duit dengan anak macam anak tu masih bujang gaji puluh ribu apa klasifikasi kes tu ye?

Adakah anak menantu ni skim dana persaraan?

Perbezaan didikan dan mandiri keluarga pun boleh jadi punca menantu mudah nak terasa hati.

Ye, faham je kami ni didikan keluarganya gini, suami gitu. Tak mudah dan akan makan masa untuk kita nak terima semua tu.

Jangan nak menipu laa tak pernah terasa hati bila mak kita ajar anak2 nak apa, usaha sendiri. Tang mertua anak nak apa, haa bagi.. berhutang pun takpe.. Janji anak happy.

Kalau tak libatkan laki kita takpe, ni sebab dia melibatkan laki laa yang buat kita terasa.

Sebab, nanti kang susah, mulalah keluar ayat, “Yang ada cash lebih tak? Pinjam ye, abang short laa bulan ni..”

Nampak kan kaitannya? Laki susah, bini jugak kena bantu. Laki takkan mau dia mintak kat mak dia.. Kang mak ungkit pulak. Dah 1 kes lain..

Bagi yang boleh pejamkan mata, hati dan perasaan, itu adalah diri anda.

Tolong jangan samakan kami dengan anda kerana situasinya mungkin sedikit berbeza dan cara penerimaan, tindak balas kita pada sesuatu perkara itu juga berbeza,

Tolong jangan jadi toxic possitivity yang hanya akan menambahkan luka, calar di hati memnatu yang tersakiti dan disakiti ini.

Betul kata influencer MdNor, kami ni kadang hanya rasa ingin meluah. Tidak perlu nafikan perasaan itu. Kita berhak untuk rasa sedih, marah sebab itu adalah normal.

Maaf banyak ayat hal yang berterabur sebab sebenarnya banyak benda yang nak diluahkan. Tapi, sukar untuk diluahkan.

Buat menantu yang terasa hati tu, ketahuilah anda bukan berseorangan. Ramai sebenarnya yang senasib dengan anda. Moga sentiasa diberikan kekuatan dalam menghadapi apa jua ujian yang mendatang.

U not alone,

– Menantu Ghost (Bukan nama sebenar)