“Perbankan Internet paling tak guna, buat sakit hati je, semakin hari semakin teruk”- luahan kecewa lelaki terhadap bank ini dapat simpati ramai

Nama Bank Islam Malaysia Berhad bukanlah asing di kalangan rakyat negara ini, bersesuaian pula dengan statusnya sebagai pelopor kepada kewujudan industri perbankan Islam terawal tanah air sebelum diikuti oleh bank-bank konvensional yang lain.
Namun, bank ini seringkali terpalit dengan kontroversi seperti dibangkitkan oleh ramai orang, samada pemilik akaun di situ mahupun mereka yang sering berurusan dengannya.
Sebutlah apa juga masalah, bermula daripada sistem menunggu giliran kaunteryang mengambil masa terlalu lama, sehinggalah kepada penggunaan sistem perbankan internetnya, pasti ada sahaja yang dikongsikan, terutamanya melalui media-media sosial.
Terkini luahan seorang pengguna perbankan internetnya tampil meluahkan perasaan kecewanya dengan sistem yang dibangunkan bank tersebut.
Berkongsi luahan menerusi FBnya, Ahmad Rosli membidas kelemahan sistem tersebut selepaa tidak tahan berdepan masalah sama, malah dilihat semakin teruk kebelakangan ini.
Malah, luahannya turut disokong daripada ramai pengguna yang lain, yang turut berkongsikan pengalaman mereka di ruangan komen.
Internet banking paling tak guna. Buat sakit hati je. Semakin hari semakin teruk.
Bila nak bayar guna QR untuk apa2 pembelian, berudu tu asyik berputar sampai kiamat. Akhir nya terpaksa minta kebenaran penjual untuk pergi ke atm terdekat. Nasib baik lah muka saya suci bersih selalunya penjual percaya. Tapi leceh lah nak kena cari atm terutama masa time nak cepat.
(update: hari ni dengar cerita atm pun tak boleh keluar, take too long to process dia kata)
Bila sampai time gaji, jangan harap lah dapat access minggu bayaran gaji tu. Akibat nya semua hutang piutang tak dapat bayar on time kena penalty dan sebagainya. Ada transaksi yang kena verify kat apps tapi apps pulak tak boleh bukak.
(ada orang kata boleh tengok je sebab tak boleh keluar duit atau buat apa2 urusan)
Kalau kita pergi kaunter pulak, dah la lama tunggu giliran. Bila sampai giliran kita dia akan kata, kenapa tak guna internet banking encik?
Rasa macam whoosh! Api menyambar keluar dari kepala.
Please la, siapa yang kerja bahagian IT bank islam? Bank tak bagi cukup budget untuk develope IT ke? Atau yang bertanggungjawab bahagian IT tu patut diberhentikan kerja?
Seriously thinking whether I should go through the hassle of changing banks akaun pencen dan gaji.
Dah keluar pelbagai video parody dan meme pasal bank islam internet banking ni tapi boleh dia orang buat tak tahu je tak ada improvement.