“Perempuan tu suami cakap ‘freelance’, dia takda hubungan dengan perempuan tu, dia bayar RM800 untuk servis, dia cakap mereka terlanjur sekali”

“Perempuan tu suami cakap ‘freelance’, dia takda hubungan dengan perempuan tu, dia bayar RM800 untuk servis, dia cakap mereka terlanjur sekali”

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hai. Saya isteri dan surirumah yang sedang mengandung anak ke 3.

Family saya sempurna. Anak anak bijak, suami yang sedang berjaya, ada syarikat sendiri dari takda apa apa.

Dah 7 tahun saya kenal suami, 5 tahun berkahwin. Suami seorang yang sangat baik. Nafkah batin zahir memang terjaga.

Kami pun tak pernah bergaduh mungkin 2 kali je kot sepanjang kenal.

Bulan 10 lepas, dia start busy. Busy teramat sangat. Saya faham kerjaya dia. Run bisnes sendiri, dan agak sibuk dengan pilihanraya.

Saya seorang isteri yang agak matang, jadi saya tak pernah persoalkan dia punya jadual. Saya sorang sorang uruskan anak anak dirumah, dengan sarat mengandung.

Suami pun tak pernah tunjukkan apa apa yang pelik. Suami pasti cari masa untuk luangkan bersama kami. Bawak jalan jalan, bawak makan shopping. Jadi saya tak pernah curiga.

Satu hari atas kuasa Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar.

Saya tengah kupas oren untuk anak kedua, diatas meja makan ada resit resit suami. Dia memang suka letak merata, jadi saya tak pelik.

Cuma, naluri hati ni suruh baca one of the receipt. “In Room Dining” @ hotel JW Marriot. Saya terus, tak keruan.

Suami tengah tidur masatu, saya kejut. Dia cuba menidakkan lagi. Haritu baru saya check handphone dia, dan tengok waze, ye memang dia kesana.

Hancur hatiku ini Ya Allah. Bila saya tengok gallery, banyak ye gambar perempuan tu.

Perempuan tu suami cakap “freelance”, dia takda hubungan dengan perempuan tu. Dia bayar RM800 untuk servis. Dia cakap mereka terlanjur sekali.

Kecewanya saya rasa, kenapa saya diduga begini. Suami merayu rayu mintak maaf, menangis cium kaki saya.

Saya memang dah macam orang hilang akal. Dunia saya gelap. Suami yang saya agung agungkan sangat, how perfect he was, buat begini dekat saya.

Habis handphone dia pecah berderai. Dalam mengandung2 saya sepak terajang, cakar dia. Sakit hati punya pasal. Padahal saya seorang isteri yang lemah lembut je pun.

Fast forward, dah sebulan kes kantoi ni jadi, hari hari suami mintak maaf dekat saya. Perempuan tu memang lesap on the day kantoi. Sungguh profesional.

Suami pernah bawak saya nak confront perempuan tu dan tanya semua details sebab saya tak percaya sekali je mereka selingkuh.

Tapi perempuan tu terus lesap hingga kini. Suami cakap dia memang tak bercinta, dia cuma bayar perempuan tu.

Katanya sebab “stress” kerja? Cam bdoh kan alasan.

Saya cuba bagi last chance untuk suami, suami dah tak busy lagi.

Sejak kantoi hari hari saya ikut suami pergi ofisnya, dia share live location, dan hari hari saya pegang phone, kad bank semua. Sebab saya memang tak percaya!

Dan dia merayu tak nak lepaskan saya. Saya memang fikir cerrai jalan terbaik untuk kecurangan ini.

Tapi hati jadi sedih lihatkan anak anak yang masih kecil, masih dalam kandungan yang sangat sayangkan ayah mereka.

Until now ada hari hari yang saya memang akan melepaskan amarah saya dekat suami. Baling cawan periuk belanga semua, suami saya sabar je tadah je. He deserves it. Padan muka.

Cuma saya nak mintak followers dekat sini tunjukkan saya how to redha?

Caranya camana untuk melupakan, dan move on.

Saya pun tak suka sedih lama lama. Cuma terlalu perit untuk menerima kesilapan suami.

Saya tetap sayang suami saya, dan keluarga saya.

From,

Isteri perfect 10 pun kena curang. No one save in this world. Man is a piece of shizz.