“Perform tak kena tempat” – Dolla buat persembahan di majlis berbuka puasa, riak wajah pelajar tahfiz jadi perhatian

“Perform tak kena tempat” – Dolla buat persembahan di majlis berbuka puasa, riak wajah pelajar tahfiz jadi perhatian

 

Bermula Ramadan sejak seminggu yang lalu, pelbagai pihak dilihat berlumba-lumba menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Kebanyakan mereka turut menjemput pelajar-pelajar tahfiz hadir bersama bagi diraikan dengan pelbagai hidangan serta persembahan dari selebrit terkenal tempatan.

Buat persembahan depan pelajar tahfiz

Namun, tular satu video menunjukkankumpulan pop wanita, Dolla tampil menyanyi lagu raya dihadapan pelajar-pelajar tahfiz sewaktu majlis berbuka puasa tersebut.

Muka mereka macam kurang selesa

Pengguna Twitter menggunakan akaun @arfdy12 telah berkongsi video persembahan Dolla serta reaksi pelajar tahfiz di hadapan meja yang berpaling daripada pentas utama.

Mereka juga dilihat seperti kurang selesa dengan melihat persembahan tersebut yang membariskan penyanyi-penyanyi perempuan walaupun mereka tampil berbusana sopan.

Berubah muka adik2 tahfiz

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan mereka merasakan persembahan tersebut kurang sesuai kerana kehadiran anak-anak tahfiz yang lebih elok dirai dengan lagu-lagu Ketuhanan.

Mereka juga seakan ‘memahami’ apa yang dirasa para pelajar tersebut apabila masing-masing cuba melarikan pandangan dari terus tertumpu kepada persembahan berkenaan.

Janganlah salahkan Dolla, salahkan pengajur tu

Betul-betul momen yang janggal

Nasib Dolla pun behave

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan hal tersebut bukanlah salah Dolla sepenuhnya kerana mereka hanya memenuhi undangan persembahan dari pihak pengurusan yang menganjurkan majlis berbuka puasa itu.

Mereka juga dilihat tidaklah keterlaluan ataupun menari rancak seperti yang sering kita lihat di muzik video ataupun persembahan pentas kebiasaan.