Perkahwinan kedua artis ini cetus tanda tanya status terkini agama suaminya

Perkahwinan kedua artis ini cetus tanda tanya status terkini agama suaminya

Tahun 2022 dianggap ramai sebagai tahun perkahwinan para artis tanah air.

Ramai menganggap nombor yang ada pada tahun ini dianggap menarik menyebabkan ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menjadikannya momen penting dalam sejarah kehidupan mereka.

Turut tidak terkecuali ialah pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, dia mendedahkan sudah berkahwin dengan tunangnya iaitu Michael Hansen.

Pendedahan yang dibuat secara tidak langsung mengejutkan wargamaya selepas pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Mac 2021.

Tahniah Sharifah Sakinah!

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum.

Disebabkan ramai bertanya, ya kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan mengenai perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama.

Kami memilih untuk tidak menghebahkan sebelum ini, tapi sekarang baru kami bersedia untuk kongsi. Tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua.

Bagaimanapun, pelakon Kimchi Untuk Awak sama sekali tidak mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya bersama suaminya yang berasal dari Sweeden.

‘Tak payah tanya lagi’

Sekadar info, Sharifah Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 bagaimanapun hubungan tersebut tidak berpanjangan dan mereka bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang berusia lima tahun.

Sumber – Oh!Bulan