“Perkahwinan saya dapat diselamatkan” – Selepas 21 hari bercerai, Farid Kamil & Diana Danielle kembali rujuk pada 31 Ogos lalu

“Perkahwinan saya dapat diselamatkan” – Selepas 21 hari bercerai, Farid Kamil & Diana Danielle kembali rujuk pada 31 Ogos lalu

Kalau dah namanya jodoh, berpisah jauh mana sekali pun akan tetap bersama. Situasi ini berlaku pada pasangan selebriti terkenal iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle yang telah sah kembali rujuk pada 31 Ogos 2023.

“Alhamdulilah… perkhabaran baik yang boleh saya kongsikan…” – Farid kamil

Menurut temu bual Farid Kamil di Melodi yang berkongsi bahawa perkahwinan mereka dapat diselamatkan dengan izin Allah. Katanya, perkahwinan lepas yang melanda hubungan mereka merupakan sejarah yang dapat memberi pengajaran.

 

“Penguatnya adalah agama… perkahwinan itu akan jadi lebih bahagia..”

Farid Kamil berkata agama adalah penguat dia sebagai suami untuk mampu membimbing isteri dan anak-anak. Dia juga berusaha untuk menimba ilmu agama supaya perkahwinan yang diselamatkan ini kembali kukuh dan kebahagiaan akan muncul. Sepanjang tempoh penceraian mereka, pasangan ini masing-masing memperbetulkan dan muhasabah diri untuk nilai semula perkahwinan yang lepas.

Pertemuan yang menimbulkan bait-bait cinta mereka…

Farid juga berkongsi tarikh perkahwinan bagi rujuk kembali adalah tidak dirancang selepas kunjungan dia ke Kota Sufi di Sendayan. Pada keesokkan harinya selepas dia menghantar anak-anak ke sekolah, Diana telah mempelawa dirinya untuk menjamu sarapan bersama-sama. Farid mengambil peluang untuk meluahkan apa yang dia rasa dalam hubungan mereka. Dari pertemuan tersebut, Farid dan Diana sama-sama tidak menyangka wujud rasa cinta dan kasih sayang yang selama ini mereka cari.

Selepas 5 bulan tak berjumpa, mereka tak berhenti berdoa untuk dipertemukan jodoh semula…

Katanya, tambah sebak apabila Farid menyerahkan segala harapan, cinta dan kasih sayangnya kepada Allah demi menyelamatkan rumah tangga bersama bekas isteri, Diana Danielle. Tambahannya lagi, dia tidak terfikir dapat kembali bersama selepas berlaku penceraian. Farid sempat berkongsi bahawa hadiah yang terbaik untuk diberi kepada anak-anak adalah untuk melihat ibu bapa mereka kembali bersama.

Anak adalah segalanya bagi ibu bapa yang sudah bercerai…

Dikatakan juga anak kepada pasangan, Muhammad  tidak berhenti berdoa supaya ibu bapanya kembali hidup bersama. Farid sempat berkongsi bahawa anaknya, Muhammad tidak berasa ibu bapanya berpisah dan penceriaan yang berlaku selama 21 hari menimbulkan perasaan bersalah kepada Diana dan anak-anak.

“Saya mengambil masa sangat lama untuk apa perkataan yang sesuai untuk saya lafazkan…”

Keadaan yang sangat menekan untuk dia melafazkan cerai pada bulan lalu seakan memberi mimpi buruk. Farid juga berterima aksih kepada peminat yang tidak henti mendoakan perkahwinan mereka

@melodiberapi

Alhamdulillah semua rasa happy dengan berita ini.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #panas #faridkamil #dianadanielle #love #rujuk

♬ original sound – Melodi – Melodi