Perkongsian pintar pengguna RFID ini undang pujian ramai

Perkongsian pintar pengguna RFID ini undang pujian ramai

Life hacked – RFID

Saya share sikit cara saya tersendiri menggunakan RFID. Rasa ramai buat cara ni. Masing masing ade cara tersendiri.

First and foremost RFID ni di design boleh tampal sekali sahaja dan tidak boleh di kopek. Jadi saya nak jimat kos dan nak guna pakai kat kereta lain saya tak kopek dari stickernya dan hanya selitkan di pocket pelapik roadtax.

1. Lepas anda terima set RFID, installed dan linkkan dengan e-wallet anda.

2. Jangan kopek dari sticker sedia ada dan sebaiknya test dahulu letak atas dashboard supaya kita tahu tinted yang kita pakai boleh melepasi scanner RFId tak. (Refer gambar kedua) kalau dah testing ok tiada masalah maka boleh selitkan pada roadtax kalian.

3. Jadi saya dah test dan lepas tinted saya selitkan pada pelapik roadtax seperti Gambar ke 3.

4. Tara siap seperti gamba ke empat. Saya pakai bertahun dah tak penah rosak dan mudah. Takyah fikir beli batteri and pikir smart tag dalam kereta jika tak sorok sebab ramai panjang tangan. Jujur saya katakan selama pakai tak penah bermasalah walaupun hujan lebat. Yang masalah dulu e wallet abis credit 🥴

Try la mencuba dari asik complain. Dulu pakai smart tag bertumbun korang complain. Mahal lah, batteri cepat abis la, tak detect la. Benda dah murah pun nak complain jugak. Ish elok sangat gomeh mansuhkan tol cepat 😝

Sumber – FB Afiz Ayub