Perkongsian sedih MP ini berdepan derita ‘ibu tinggal’ hadapi kesukaran pembelajaran PDPR anak-anak

Perkongsian sedih MP ini berdepan derita ‘ibu tinggal’ hadapi kesukaran pembelajaran PDPR anak-anak

Hari ini Hari Bapa dan saya menjadi “bapa” kepada seorang lagi “anak”. ❤️

Kak Su telah hubungi saya untuk memohon peranti untuk anak-anaknya. Anaknya Ali Darjah 5, Intan Tingkatan 2 dan Yani Tingkatan 3 terpaksa berkongsi sebuah telefon kecil untuk belajar online. Internet pun guna hotspot telefon ibu.

Kisah hidup Kak Su sekeluarga amat sedih. Dia “ibu tinggal”. Bekas suaminya tidak menjaga anak-anak, dan suaminya sekarang pun mengabaikan mereka. Dia sebenarnya ada 4 orang anak, tapi oleh sebab kesempitan hidup, salah seorang anak terpaksa diberi kepada Mak Andak untuk dijaga. 😥

Saya sangat terharu terutamanya dengan Intan. Melihat ibunya terputus gaji, Intan telah memulakan perniagaan kecil menjual baju melalui Instagram dan Shopee. Kak Su kata, hasil jualan anaknya itulah yang menampung duit belanja mereka sekeluarga beberapa bulan ini. Sebulan boleh dapat lebih kurang RM500. Pandai betul anak muda ini menggunakan teknologi untuk meringankan beban keluarga.

Saya tanya Intan, apa cita-citanya. Dia kata nak jadi doktor. Saya tengok rekod pelajarannya pun bagus. 👩‍⚕️

Seperti yang saya pernah maklumkan, dasar program Asal Cek Mau Pi Sekolah ialah, setiap keluarga hanya boleh menerima sebuah peranti. Asalnya saya memberikan sebuah Samsung Tab A kepada Yani yang berada di Tingkatan 3. Tapi melihat kepada kecekalan Intan membuat bisnes online, saya menghadiahkan sebuah laptop Dell menggunakan duit saya sendiri kepada mereka. Saya akan bayar kos internet mereka sehingga hujung tahun. Bolehlah anak-anak belajar online dan Intan membuat bisnes sambilan itu. 💻

Saya juga mempelawakan Intan menyertai program “Anak Angkat YB”. Setakat ini ada 11 orang peserta dari pelbagai kaum dan agama. Semuanya pelajar sekolah. Saya berikan setiap anak angkat elaun RM100 sebulan. Mereka nak guna sebagai duit belanja di kantin sekolah, nak beli buku, nak makan McD, itu terpulang. Tujuan utama ialah, saya mahu mereka fokus kepada pelajaran dan jangan bimbang tentang isu kewangan. Saya berasa gembira apabila Intan bersetuju dan Kak Su sendiri merestuinya.

Intan, saya doakan Intan akan terus cekal. Berniaga membantu keluarga itu baik, tapi saya mahu Intan fokus kepada pelajaran dan kejarlah cita-cita menjadi doktor. Bila besar nanti, tabur jasa kepada ibu, agama, bangsa dan negara. ❤️

Hadiah Hari Bapa yang sungguh bermakna buat saya, mendapat seorang anak angkat baru. Happy Father’s Day kepada father-father di luar sana.👨‍👧‍👦

Sumber : FB