Perlekeh pemilik bukan supercar, Tunku Putera Johor beri pesanan padu buat suami Fatin Afeefa

Perlekeh pemilik bukan supercar, Tunku Putera Johor beri pesanan padu buat suami Fatin Afeefa

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang dikenali Opai sekali lagi dikecam warganet apabila dia dilihat menghina pemilik kenderaan bukan ‘supercar’ sewaktu hadir ke sebuah acara pertunjukan kereta di Pavilion, Kuala Lumpur.

Opai berkata, kereta jenis Mustang bukanlah berada dalam kategori ‘supercar’ dan dia menyatakan bukan semua kereta boleh sertai kumpulannya.

“Mustang dikecualikan. Bila kita sebut supercar, Mustang bukan dalam kategori supercar. Mustag, kereta-kereta AMG (Mercedes), Honda pekak tu semua bukan eh.
“Paling bangang pun GTR. Itu entry level. Jangan bawa najis dekat sini. Tadi ada dua biji FK8R (kereta jenis Honda), kita kata ‘Woi, jangan hina kami!”ujarnya.
@mohdezat7

Once TPJ Said, ada lawankah anak sultan ni boss 😎🙏🏻 #TPJ #johor #TTJ #tunkuabdulrahman #elite #fypsupercargangmy #diariseoarangtrader @Opai Alpiaw

♬ original sound – Mohd Ezad – Mohd Ezad

Video tersebut bukanlah mendapat perhatian warganet sahaja, bahkan Tunku Putera Johor, Tunku Abdul Rahman yang tampil memberi teguran dan pesanan khusus buat semua yang gemar memandang rendah akan orang lain.

Dalam satu hantaran menerusi Insta Story, TPJ menzahirkan rasa sedih dan kecewa selain menyatakan pendirian setiap kenderaan memiliki keunikannya tersendiri.

“Bersangka baik dan bersyukur sentiasa kerana apa yang Allah berikan kepada kita boleh diambil dengan sekelip mata.
“Mereka yang tidak mampu untuk memandu supercar telah berjimat pendapatan mereka bagi memiliki kereta yang mereka mampu. Mereka telah bekerja keras untuk memiliki kereta!
“Salam sejahtera kepada semua peminat kereta di luar sana,”kongsinya.

Tidak lama selepas itu, Opai memuat naik sebuah video permohonan maaf di Insta Story miliknya dengan mengatakan ia dirakam secara spontan, selain hanya bergurau dengan rakan-rakan.

Jelasnya lagi, keadaan pada hari itu masing-masing tengah seronok dan dia sedar rakaman hanyalah sekadar content sahaja.

@abeyjaawithfad_

Steadyy Opaii Alpiaw Buat Permohonan Maaf🙏🏻 Mengenai Content Yang Viral Di Pavilion #fyp #honda #opaialpiaw

♬ original sound – Pemain Bola – Pemain Bola