Perletakan jawatan tiga lagi pegawai Suruhanjaya Sekuriti undang tanda tanya

Perletakan jawatan tiga lagi pegawai Suruhanjaya Sekuriti undang tanda tanya

Ada sesuatu yang amat tidak kena.

Januari tahun ini, Suruhanjaya Sekuriti mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki beri penjelasan tentang skandal milikan saham melalui akaun peribadinya.

April tahun ini, Suruhanjaya Sekuriti telah menyiasat dan mengkompaun syarikat Serba Dinamik kerana melanggar undang-undang sekuriti Malaysia berhubung pelaporan hasil syarikat tersebut sebanyak RM6.01 bilion.

Tiba-tiba, pada minggu lepas pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Syed Zaid Syed Jaffar Albar meletak jawatan secara mengejut walaupun pelantikan beliau telah disambung pada tahun lepas sehingga 2024.

Tak sampai 24 jam selepas itu, 3 lagi pegawai tertinggi Suruhanjaya Sekuriti meletak jawatan.

Apakah yang sedang berlaku?

Adakah tangan-tangan ghaib sedang memberi tekanan kepada pegawai-pegawai tertinggi Suruhanjaya Sekuriti kerana badan tersebut mendedahkan kes-kes berprofil tinggi?

Sumber – FB Steven Sim Chee Keong